in

Review Sunset Business Hotel di Busan

Kala anda terfikir untuk melancong dan tiga perkara terlintas di fikiran anda – lokasi, kemudahan dan Pantai Haeundae di Busan. Ada satu jawapan untuk ketiga-tiga perkara ini.; Sunset Business Hotel, Busan.

Lokasinya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di kawasan pantai Haeundae, Busan. Hotel ini berhampiran kawasan restoran serta kafe yang mewarnai kawasan pantai Haeundae. Selain itu, ia hanya mengambil masa 3 minit perjalanan kaki ke stesen metro (subway) berdekatan iaitu stesen Haeundae. Ini memudahkan perjalanan untuk ke mana-mana sahaja di Busan kerana sistem keretapi bawah tanah mereka sangat cekap dan tepat waktunya. Selain itu, para pengunjung hotel ini boleh menikmati pelbagai pilihan makanan, khasnya makanan laut serta kafe yang berdekatan hotel.

Sunset Business Hotel, Busan

Oleh kerana lokasinya yang terletak di pusat Pantai Haeundae pengunjung tidak perlu terlalu memikirkan tentang kemudahan pengangkutan kerana semuanya berada di sekitar hotel ini. Malah dengan pantai berdekatan, akuarium terbesar di Korea juga terletak di hanya beberapa minit sahaja dari hotel ini.

[pullquote align=”right”]Walaupun berada di pusat Pantai Busan Sunset Business Hotel tetap menawarkan keselesaan dan kedamaian kepada para pengunjungnya dari suasana hiruk pikuk kawasan lain.[/pullquote]

Faktor kedua mengapa hotel ini harus menjadi pilihan adalah kerana kemudahan yang disediakan. Hotel ini mempunyai 72 bilik penginapan yang dilengkapi dengan kabel TV, WIFI percuma, dan macam-macam lagi.

Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di Pantai Haeundae para tamu boleh juga menikmati kopi terbaik di Mandalay Coffee, kafe terbaru hotel ini yang berada dalam bangunan yang sama. Di dalam bangunan hotel ini juga terdapat restoran, pusat urut Thai, dan macam-macam lagi.

Sekiranya keselesaan dan kemudahan menjadi keutamaan bagi anda untuk bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan pantai di Korea maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan. Hubungi Sunset Business Hotel dan buat tempahan anda.

Sunset Business Hotel Busan memang menawan
oleh Shah Shamshiri

Sunset Business Hotel, Busan

Sunset Business Hotel, Busan

Sunset Business Hotel, Busan

Sunset Business Hotel, Busan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Lin Lancar Album Suria Cinta Koleksi Lagu Terbaik Bikin Pendengar Jiwang Lentok!

Pameran Bergerak Hotlink Sempena Tahun Baru Cina