in

Review Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur

Cuti sekolah tiba lagi dan semestinya inilah peluang yang ditunggu-tunggu ibubapa untuk menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. Kadangkala atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanggungjawab terhadap tugasan serta kerja masih terpaksa dipenuhi di musim cuti persekolahan. Namun begitu itu tidak bermakna tiada cara untuk menghabiskan waktu dengan anak-anak.

Bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur mungkin tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga di bandaraya. Manakala buat mereka yang memang bermastautin di Lembah kelang tapi tidak punya waktu untuk ke luar dari kota kerana masih sibuk bekerja, Prince Hotel & Residence ada solusinya.

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_2_Bedroom

Terletak di pusat Kuala Lumpur Prince Hotel & Residence memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap di tengah bandaraya. Ini kerana ia mempunyai lima sebab yang paling ketara. Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak benar-benar di hadapan pusat membeli-belah tersohor KL, iaitu Pavilion.

[pullquote]Pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik serta macam-macam lagi. Di antaranya aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi. Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja hotel yang sangat peka, teliti dan peramah.[/pullquote]

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Biarpun terkenal sebagai hotel, kata ‘residence’ sendiri melambangkan kelebihan yang ada di sini. Selain bilik-bilik hotel yang besar dan luas, tersedia juga 157 unit pangsapuri khas. Pangsapuri-pangsapuri ini datang dengan tiga pilihan, ada yang datang dengan satu, dua dan tiga (2+1) bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas.

Ini menjadikannya sangat sesuai untuk keluarga yang bercuti. Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, spa untuk memanjakan diri, serta kolam renang dan juga Kids Club buat anak-anak meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan. Sebab kelima adalah ruang mesyuarat dan acara yang disediakan untuk tujuan penganjuran majlis dan seumpamanya. Pendek kata semuanya ada di sini.

Malah, bersempena dengan cuti persekolahan Prince Hotel & Residence menawarkan promosi khas di mana pada harga istimewa iaitu RM428++ semalam*, para tamu juga akan diberi makan malam serta sarapan buffet percuma buat seisi keluarga!

Ini termasuklah makan malam dan sarapan percuma buat dua orang dewasa serta dua orang kanak-kanak di bawah 12 tahun di restoran Eccucino. Dengan perkhidmatan lima bintang bertaraf antarabangsa yang diberikan oleh hotel ini, tawaran ini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama anak-anak anda di sini sementara tawaran masih berlaku sehingga 29 Jun 2014!

*harga tidak termasuk cukai perkhidmatan sebanyak 10% dan cukai kerajaan sebanyak 6%.

Cuti sekolah lebih meriah di Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_2+1_Bedroom_Deluxe_Bathroom

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_Kid's_Club

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_Destination_Pavilion Mall

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_Eccucino

Prince_Hotel_&_Residence_Kuala_Lumpur_-_Terrace_Poolside_Bar_&_Grill

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST

Astro Arena Lancar Majalah Digital Sukan