Review Long Khong 2 Art of The Devil 3 Movie

Long Khong 2
(Art of the Devil 3)
Di Pawagam Pada 29 Mei 2008

Saksikan kejadian ilmu hitam dan bersedia untuk debaran jantung yang kencang tanpa henti.

Filem seram yang meremangkan bulu roma mencabar anda untuk membuka mata sepanjang cerita yang sarat dengan kejutan dan kengerian, Long Khong 2 (Art of the Devil 3) adalah lanjutan filem yang telah berjaya di peringkat global oleh pengarah serta pelakon-pelakon asalnya. Filem ini mengadunkan mistisisme dari ilmu hitam tempatan bersama garapan taktik seram yang menjadikan Art of the Devil 1 and 2 sebuah filem yang sukar dilupakan oleh para penonton di seluruh dunia.

Long Khong 2 akan mengetengahkan semula Panor, seorang guru sekolah yang menggoda dan menjadi kegilaan ramai pemuda. Apabila seorang bekas tentera cuba mencuri Syaitan Tiga-Mata yang amat berkuasa miliknya, Panor harus menentang semula dan pertembungan mereka membawa kepada pertarungan ilmu hitam yang membuatkan para penonton tidak senang duduk.

Sebuah lagi filem ngeri oleh Kumpulan Ronin
Kumpulan Ronin terdiri daripada tujuh profesional filem di sebalik kejayaan gemilang banyak filem Thai, bermula dari epik perang Bang Rajan, kisah kepahlawanan Kunpan the Warrior serta kedua-dua siri filem Art of the Devil. Rapat berkerjasama, ketujuh-tujuh mereka menggembleng tenaga dalam setiap langkah dari penulisan skrip hingga membuat belanjawan, serta dari pemilihan para pelakon ke pengarahan.

Kongkiat Komesiri merupakan peneraju penulisan skrip bagi kumpulan tersebut, kejayaannya termasuk filem-filem popular Thai seperti Bang Rajan, Art of the Devil 1 & 2 dan Muay Thai Chai Ya. Yossapong Phonsup bertanggungjawab dalam penulisan skrip dan penggambaran. Puttipong Saisrikaew ialah seorang pengurus produksi yang berpengalaman serta agen pencari pelakon. Bertanggungjawab bagi rekaan produksi ialah Issara Nadee. Seree Phongnithi adalah pengurus pos-produksi. Akhir sekali, Pasit Buranachan dan Aht Tramtragoon sebagai pemerhati bahagian produksi dan pengarahan dari mula hingga ke akhir penggambaran.

Ronin Team memberitahu dalam kenyataan mereka:

“Kami menerima banyak pertanyaan apabila orang ramai mendengar yang kami sedang membuat sambungan bagi Art of the Devil, kerana mereka menyangkakan yang cerita tersebut telah tamat dalam filem yang sebelumnya. Tetapi ini adalah satu cabaran bagi kami. Kami berazam untuk menjadikannya sebuah filem yang lebih baik. Sekiranya anda fikir anda telah menyaksikan semuanya, bersedia untuk lebih banyak kejutan dalam filem terbaru ini.”

“Long Khong 2 akan lebih ngeri dan kejam dari filem-filem kami sebelumnya. Kami masih mahu menghantar mesej yang sama, namun, takdir dahsyat watak-watak berkenaan adalah ekoran dari keinginan serta nafsu mereka.  Hanya mereka yang berhasrat tidak baik sahaja yang mahu terlibat dengan kuasa jahat. Kami percaya yang semua ini juga terjadi di dalam dunia moden ini, tetapi kami ingin memberi amaran kepada para penonton bahawa ianya hanya membawa lebih banyak kemusnahan dari kebaikan sekiranya mereka terlibat dengan perkara seumpama ini.”

Sinematografinya oleh Jitti Uanorakarnkit yang namanya sedang meningkat naik, dia pernah terlibat dalam beberapa iklan TV, video muzik serta filem-filem cereka seperti Evil, Sick Nurses dan yang terkenal 13 Beloved yang berjaya menobatkannya sebagai pemenang anugerah sinematografi terbaik oleh Federation of Thai Film Producers Association.

[tags]Long Khong 2, review long khong, Art of the Devil 3, ilmu hitam, belajar sihir, Kongkiat Komesiri, berita harian, utusan malaysia, jawi, sunat, yossapong, thailand, bangkok, tiger show, besar kepala, bodoh sombong, fuck, produksi, stacy, fanclub, fuck hujan, hujanes, jari tengah, lagu, kumpulan hujan, bolos, astro, kumpulan indie, mainstream, malaysia, propaganda, raingers, selebrific, slebrific, zubir, kring-kring, jangan lupa lirik[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AFCM ROBOTtip 2008 Bersama ADAM

SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER