in

Review InterContinental Kuala Lumpur

InterContinental Kuala Lumpur : Sebutir Permata di Pusat Bandaraya
oleh Shah Shamshiri

Sebut sahaja Kuala Lumpur, pasti kita terbayang sinaran lampu-lampu yang menerangi bandaraya gah ini setiap malam. Ibunegara Malaysia ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia Tenggara. Seiring arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional pelbagai kaum dan bangsa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik serta pusat-pusat komersial yang lain.

Bagi menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang daripada pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang paling menyerlah kewujudannya di pusat Kuala Lumpur adalah Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Hotel berbintang lima ini merupakan salah satu daripada ribuan hotel di bawah kumpulan IHG yang sangat dikenali di seluruh dunia. Ia berada di pusat bandaraya KL dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Dengan konsep moden yang bertemakan kata-kata “a jewel in the heart of Malaysia” ( sebutir permata di pusat Malaysia), hotel ini menawarkan 473 buah bilik yang menerapkan unsur-unsur senireka dalaman dengan elemen-elemen ‘permata’ di setiap bahagian bilik. Ini termasuk 110 buah bilik Grand Premiere yang baru sahaja direka semula dengan seni hiasan kontemporari yang indah dan moden. Setiap bilik mempunyai TV layar leper serta kemudahan tercanggih masa kini termasuk pemain ipod dan macam-macam lagi.

Berbekalkan kemudahan internet percuma di dalam bilik dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat serta dewan yang dapat memuatkan sehingga 600 orang di samping pusat perniagaan (business centre) untuk hal-hal lain. Hotel ini mempunyai lobi yang luas dan selesa dengan hiasan chandelier kristal sebagai tarikan utama. Ia turut dilengkapi dengan lounge yang dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai apalagi dengan adanya kemudahan penggunaan ipad tercanggih bagi memudahkan penginapan para tamu.

Yang pasti, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Serena Brasserie yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu Malaysia, oriental serta antarabangsa. Mereka juga mempunyai sebuah Restoran Jepun bernama Tatsu serta sebuah Restoran Cina bergelar Toh Lee. Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta spa, dan untuk itu ada tersedia spa serta gimnasium untuk kegunaan para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian. Bagi yang ingin bersantai pula bolehlah ke Bentley’s Pub untuk menonton rancangan-rancangan sukan seperti bola sepak sambil menikmati minuman. Jika masih belum puas, berendamlah seketika di kolam renang di tingkat lima.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel InterContinental Kuala Lumpur dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, stesen LRT Ampang Park, dan kawasan utama perniagaan. Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang bersih, dekat dan mempunyai harga berpatutan biarpun bertaraf lima bintang.

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Review InterContinental Kuala Lumpur Hotel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot Guys Who Cook

Siapa Pemenang Showdown 2012