Bandaraya Melaka semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.
The Shore : Alamat Mewah Terbaru Di Bandaraya Melaka
[dropcap]T[/dropcap]erbina mewah di pusat membeli-belah terbaru The Shore di pusat bandaraya Melaka di sebelah Sungai Melaka adalah The Shore Hotel and Residences, sebuah hotel empat bintang terkini yang agak baru sahaja menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ. Bangunan yang kelihatan mirip sebuah pencakar langit itu dilengkapi dengan bilik-bilik (berkonsep suite) serta pangsapuri dan mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata.
Dengan jumlah bilik yang banyak, penginapan di hotel ini menjadi lebih mudah untuk dilanggani atau disewa dengan bilik-bilik khas serta unit-unit pangsapuri mewahnya sendiri. Kaya dengan nuansa moden, ia bersesuaian dengan gaya hidup masa kini di bandar Melaka yang mempunyai banyak pengunjung dari Eropah dan Asia.
Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan tidak terlalu jauh dari semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti gereja merah St. Paul, serta muzium, ajnas restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk. Seperti kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan dan bilik mesyuarat khas.
Terdapat juga kolam renang yang dilengkapi dengan kemudahan jacuzzi di tingkat sembilan selain kolam renang besar serta pusat gimnasium untuk bersenam. Bilik-bilik lain semua mempunyai kelengkapan moden dan terkini untuk keselesaaan para tamu.
Ada juga Sky Lounge untuk menikmati pemandangan bandaraya Melaka sambil menjamu selera atau bersantai.
Pendek kata, The Shore Hotels and Residences ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!
The Shore : Alamat mewah terbaru di bandaraya Melaka
oleh Shah Shamshiri