in

Review Hotel Santika Pandegiling

Mengenal Surabaya dengan Bermalam di Hotel Santika Pandegiling
oleh Shah Shamshiri

Kala disebut sahaja Indonesia, rakyat Malaysia pasti terbayang kota Jakarta, Bali dan mungkin Bandung serta Yogyakarta atau Medan. Namun Belum ramai yang terfikirkan kota kedua termaju Indonesia, iaitu Surabaya. Ibukota Jawa Timur ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun selepas ibu negara Indonesia sendiri, iaitu Jakarta. Dengan arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional Jawa, Surabaya menawarkan pelbagai tarikan menarik berupa tempat-tempat bersejarah serta pusat-pusat komersial yang lain.

pandegiling 3

Dan untuk menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, Surabaya tidak pernah lekang dari pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang sesuai buat para pelawat yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Surabaya adalah Hotel Santika Pandegiling.

Hotel berbintang tiga ini merupakan salah satu daripada puluhan hotel di bawah jenama Santika di bawah kumpulan Kompas Gramedia yang sangat dikenali di seluruh Indonesia. Ia berada di pusat kota Surabaya dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Dengan konsep moden serta minimalis, Hotel Santika Pandegiling Surabaya mempunyai 125 bilik yang terdiri dari kategori Deluxe, Deluxe Executive serta Santika Suite.

Berbekalkan kemudahan wifi dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan 5 bilik mesyuarat yang dapat memuatkan 200 orang di samping pusat perniagaan (business centre) untuk hal-hal lain.

Hotel yang berdiri sejak tahun 1997 ini mempunyai lobi yang luas dan selesa, dilengkapi dengan lounge yang dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai apalagi dengan adanya dendangan muzik secara langsung setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6.30 petang sehingga 10 malam.

Yang pasti, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Kemangi yang menawarkan sajian terbaik. Kemangi Restaurant ini menyediakan variasi menu Indonesia, oriental serta antarabangsa. Beberapa menu Indonesia yang menjadi kegemaran ramai adalah Rawon, Iga asam pedas, serta Sop Buntut. Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta Spa, dan untuk itu Ten Eleven Spa and Fitness yang terletak di tingkat 10 sentiasa tersedia menerima kunjungan bagi para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel Santika Pandegiling Surabaya dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah, pendidikan, pelancongan, kebudayaan dan juga perniagaan. Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang bersih, dekat dan mempunyai harga berpatutan.

pandegiling1

pandegiling2

pandegiling 4

pandegiling5

pandegiling 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang

Gambar Malek Nor & Dr Wan Asma Kahwin