in

Review Hotel Parkroyal Saigon

Kala disebut sahaja Asia Tenggara, rakyat Malaysia pasti terbayang kota Jakarta, Bangkok dan mungkin Singapura serta Siem Reap atau Bali. Namun belum ramai yang terfikirkan ibunegara Vietnam, iaitu Bandar Ho Chi Minh atau popular juga dengan nama Saigon. Ibukota Vietnam ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun selepas Bangkok dan Kuala Lumpur. Dengan arus kemodenan yang mula wujud di samping nilai-nilai tradisional, Ho Chi Minh menawarkan pelbagai tarikan menarik berupa tempat-tempat bersejarah serta pusat-pusat membeli-belah yang yang lain.

Junior Suite(2)

Ho Chi Minh merupakan bandar paling popular di Vietnam dan sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk Malaysia serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak Ho Chi Minh dan KL yang hanya memakan waktu sekitar dua jam dengan menaiki kapal terbang. Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun Parkroyal Saigon kekal sebagai salah satu hotel yang terkenal di sini.

Terletak sekitar limi minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat dengan menaiki kereta, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Parkroyal Saigon masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Hotel ini menawarkan 186 buah bilik dan suite yang dihias indah dengan penuh teliti. Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar Ho Chi Minh dan mereka yang melakukan singgahan transit kerana berdekatan dengan lapangan terbang.

Hotel ini juga tidak jauh dari pusat-pusat perdagangan terkemuka Vietnam. Malah laluan untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam tidak jauh dari hotel ini.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di hotel berjenama antarabangsa ini. Di antaranya termasuklah Garden Brasserie untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Untuk bersantai atau minum petang, cubalah singgah di Lotus Bar dan Lobby Lounge mereka. Bagi yang suka menenangkan tubuh badan, boleh juga cuba rawatan spa yang ada di St Gregory Spa. Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel di Ho Chi Minh, pastikan Parkroyal Saigon menjadi pilihan pertama!

Kemudahan serta Keselesaan di Parkroyal Saigon
oleh Shah Shamshiri

Hotel lobby

Panorama Restaurant

Lotus Bar

Orchid Club Lounge

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2015 BTS Live Triology In Malaysia Episode II The Red Bullet

Khas Hari Ulangtahun RTM ke-69