in

Review Hotel New Otani Osaka Jepun

Osaka merupakan salah satu bandaraya paling popular di Asia dan merupakan bandaraya kedua paling popular selepas Tokyo di Jepun. Malah sejak adanya penerbangan tambang murah secara langsung ke situ, ia sering menjadi pilihan untuk bercuti. Ini pasti kerana kemudahan dan infrastruktur Osaka yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat menarik seperti Universal Studios Osaka, ia memang wajar menjadi pilihan ramai.

Dan sekiranya mencari tempat penginapan, Osaka juga mempunyai ratusan hotel dan tempat penginapan pada harga yang sangat berpatutan! Namun bagi anda yang gemarkan bermalam di hotel mewah, New Otani Osaka merupakan hotel yang sesuai dan termasuk sebagai salah satu penginapan berbintang lima terbaik di Osaka!

overview night

Ia mempunyai lokasi yang sangat strategik dan terletak tidak jauh dari stesen Osaka-Jo Koen (seperti sistem MRT di Singapura tapi jauh lebih maju). Ia juga menawarkan pemandangan indah Istana Osaka atau Osaka Castle dan juga kawasan taman besar sekitar istana tersebut.

Dengan 525 buah bilik dari pelbagai taraf (single, double, twin, suite atau Japanese style), hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Kesemua bilik-biliknya dilengkapi kelengkapan serta kemudahan terkini dan berkualiti tinggi dari TV layar leper sehinggalah barangan mandian berjenama. Ini sebagai bukti mereka yang ingin memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang menginap di situ.

Kesemua bilik suite di sini mempunyai ruang tamu masing-masing selain bilik tidur yang luas. Semestinya, para penghuni bilik-bilik ini mempunyai ruang santai mereka tersendiri untuk menikmati pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet wi-fi, sarapan khas, makan tengah hari ringan serta minum petang yang lebih istimewa.

Berkat keluasannya, Hotel New Otani Osaka juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang dalaman serta luaran, gimnasium serta pusat kesihatan, dan juga aneka restoran serta tempat makan. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan.
Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai 13 buah restoran untuk pilihan para tamu. Kesemua restoran tadi menawarkan sajian makanan yang lazat.

Sambil menikmati hidangan atau minuman tamu dapat menyaksikan suasana taman sekitar Istana Osaka. Restoran utamanya menyajikan hidangan sarapan enak kerana variasinya memang sukar ditandingi. Selain sajian Jepun yang sering ada tika sarapan, ia juga menawarkan makanan antarabangsa bagi yang sukakan hidangan sedemikian.

Andai anda mahu menikmati kemewahan yang gah dan melihat keindahan istana Osaka serta pemandangan taman sekitarnya, bermalamlah di New Otani Osaka kalau berkunjung ke kota ini. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

junior suite L

castle view day time

atriumlobby

banquet room THE HO

Osaka Castle Autumn

Keindahan New Otani Osaka
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Meriahkan KARNIVAL MEGA SALE 2014

Vendeur Festival 3.0 Lancar Derma RM1 Untuk Mangsa Banjir