in

Review Hotel Oakwood Premier Cozmo Jakarta

Hujung tahun adalah peluang yang ditunggu-tunggu ibubapa untuk menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. Kadangkala atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanggungjawab terhadap tugasan serta kerja masih terpaksa dipenuhi di musim cuti persekolahan. Namun begitu itu tidak bermakna tiada cara untuk menghabiskan waktu dengan anak-anak.

Bagi mereka yang melancong ke negara jiran Indonesia, Jakarta merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa dua jam perjalanan sahaja dengan menaiki kapal terbang. Dan andai tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga di bandaraya itu Oakwood Premier Cozmo Jakarta adalah pilihan yang sangat sesuai.

2 Exe MasterBed hires

Terletak di pusat kota Jakarta di daerah Mega Kuningan, Oakwood Premier Cozmo memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap di tengah bandaraya. Ini kerana ia mempunyai lima sebab yang paling ketara. Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdekatan beberapa pusat membeli-belah.

Pusat-pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik serta macam-macam lagi. Di antaranya aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi. Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah.

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama Oakwood memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Nama Premier Cozmo sendiri melambangkan kelebihan yang ada di sini. Terdapat 197 unit pangsapuri khas nan mewah di situ. Pangsapuri-pangsapuri ini datang dengan tiga pilihan, ada yang datang dengan satu, dua dan tiga bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.

Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, spa untuk memanjakan diri, serta kolam renang dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak (children play room) buat anak-anak meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan. Sebab kelima adalah aneka pilihan makanan enak yang disajikan di restoran mereka.Pendek kata semuanya ada di sini.

Dengan perkhidmatan lima bintang bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama orang tersayang anda di Oakwood Premier Cozmo sekiranya berkunjung ke Jakarta!

1 Exe-Living Room

2 EXE-Living Room

Al Fresco

Oakroom1

Selesa dan mewahnya Oakwood Premier Cozmo Jakarta
by Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Raikan Hari Natal Bersama Penonton

Senarai Lokasi Jadual The 1600 Pandas Malaysia Tour