in

Review Hotel Novotel Bandung

Penginapan yang Selesa dan Lengkap di Novotel Bandung
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]B[/dropcap]erdiri megah di kota Bandung, hotel Novotel merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pelanggannya. Sebagai sebuah hotel di bawah jenama yang sangat popular, Novotel Bandung sentiasa berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

pool

Terletak tidak jauh daripada pusat bandar Bandung, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan lapangan terbang, stesen keretapi dan juga lebuhraya utama Bandung. Cuma 10 minit sahaja dengan menaiki kereta dari tempat-tempat tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Diperhebatkan lagi dengan lokasinya yang sangat strategik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca di bangunannya yang tinggi.

[pullquote align=”right”]Dengan 156 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota Bandung dengan penuh gah.[/pullquote]

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out). Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Novotel Bandung juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti The Square yang menyajikan hidangan terbaik di samping Lounge Bar buat minuman serta hiburan malam.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya. Terdapat juga tukang jahit, kedai jauhari dan juga salon rambut buat mereka yang mencari kemudahan serta barangan yang disebutkan tadi.

Di hadapan hotel ini juga adalah jalan utama ke arah aneka kedai-kedai serta sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Ciwalk untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Novotel Bandung kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

fasade novotel

Lounge Bar

the square (2)

junior suite

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro & Maxis Tawar Nilai Terhebat Astro B.yond IPTV

Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku