in

Review Hotel Mercure Vientiane Laos

Semalam di Mercure Vientiane
oleh Shah Shamshiri

Tersemat gah di kota Vientiane, ibu negara Laos, hotel Mercure Vientiane merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu hotel terbaik di negara tersebut, Mercure Vientiane mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Mercure merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel Accor.

mercure room

Terletak tidak jauh daripada pusat kota Vientiane, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sering dilewati kenderaan awam kota Vientiane seperti tuk tuk dan teksi. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunan hotelnya yang ada unsur-unsur lama zaman penjajahan Perancis di Laos, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan bentuk hotel ini.

Berbekalkan 172 bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota Vientiane yang tidak kurang hebatnya.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk menggunakan lounge khas buat aktiviti tertentu. Biliknya juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Mercure Vientiane juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah lapangan tenis untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Le Cafe Restaurant, dan Lobby Bar yang menyajikan hidangan terbaik di samping Poolside bar bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Lebih memudahkan lagi ia tidak jauh dari lapangan terbang Antarabangsa Wattay serta kawasan membeli-belah dan pelancongan. Andai tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Mercure Vinetiane di Vientiane, Laos kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

01 Mercure Vientiane

mercure D'tech

mercure Pool bar

mercure pool

mercure restaurant

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saiful Azmi Jamsari Rasa Sendiri Detik 12 Malam TV3

Gabungan Grand Brilliance & Red Films Cipta Sejarah Menerusi Filem Songlap