in ,

Review HOTEL Mercure Convention Center Ancol Jakarta

HOTEL Mercure Convention Center Ancol- Jakarta: Penginapan Kota di Tepi Pantai Keriangan
oleh Shah Shamshiri

Kalau makan angin ke Jakarta di Indonesia, jangan lupa untuk singgah sebentar di Ancol. Daerah yang terkenal dengan taman tema dan pemandangan indah tidak jauh dari pusat kota Jakarta ini mempunyai pelbagai tarikan khas buat setiap pengunjung yang datang. Paling dikenali di Ancol sudah tentu taman-taman tema yang terletak berdekatan di antara satu sama lain iaitu, Dunia Fantasi (Dufan), Seaworld, Ecopark, Gelanggang Samudra dan Atlantis. Seperti sebuah kota kecil yang penuh dengan kegembiraan, kawasan ini paling sesuai untuk percutian berkeluarga.

Room_Superior_OceanView

Dan bagi yang mahu menginap di Ancol, cubalah bermalam di Hotel Mercure Convention Centre Ancol-Jakarta. Ia merupakan satu-satunya resort dan pusat konvensyen di Jakarta yang terletak di tepi pantai! Hotel ini menawarkan keselesaan melalui 434 buah bilik yang baru direka semula untuk kesenangan para tamu yang datang. Kedudukannya juga menyediakan pemandangan matahari terbenam paling indah tanpa sebarang halangan di Ancol Jakarta Baycity. Selain itu ia hanya 10 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta dan kawasan pantai pula hanya beberapa langkah di belakang hotel.

Seperti setiap hotel, terdapat pelbagai pilihan untuk menikmati sajian enak serta hiburan sampingan. Antaranya termasuklah Sunda Kelapa Coffee Shop dan juga Restoran Jepun Shiosai. Selain itu terdapat juga Nelayan Lobby Bar bagi mereka yang ingin berhibur mendengar alunan muzik piano sambil menikmati minuman di bawah bintang – bintang dengan berlatar belakangkan lautan di Ancol. Kanak-kanak pula boleh menikmati Kid’s Club yang menyediakan pelbagai permainan serta aktiviti-aktiviti menarik untuk memenuhi waktu mereka di situ.

Tidak lupa juga, hotel ini mempunyai banyak ruangan buat penganjuran ajnas acara serta majlis. Apatah lagi dengan pusat konvensyen mereka yang sangat sesuai untuk acara besar-besaran di tepi pantai. Ditambah pula dengan kolam renang untuk rekreasi setempat, hotel ini pasti menepati kehendak setiap yang datang.

Pendek kata, hotel ini memang sesuai buat seisi keluarga kerana berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik khasnya taman-taman tema serta taman-taman air di sekeliling. Jadi kalau berkunjung ke Jakarta pastikan anda singgah bermalam di hotel ini. Ia benar-benar unik dan menyeronokkan!

FB_NelayanBar_View from the top

Exterior_Building_By The Seaside

Activity_Indoor_Mimo Kids Club_Talent

Activity_Outdoor_MimoSlider

Exterior_Mimo_Poolside

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Samsung Galaxy S III Arrives In Malaysia

Karnival Pelancongan Belia 2012