Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di Thailand sudah tentulah Phuket yang terkenal dengan pantai-pantainya. Ia terletak tidak berapa jauh Malaysia (kurang dari dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur) dan merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia.
Kalau tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan La Flora Patong menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di Pantai Patong, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah pusat pantai tersohor itu dan berdekatan dengan kawasan membeli-belah. Ia juga tak jauh dari pusat-pusat hiburan ternama.
Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, serta villa-villa persendirian para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.
Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di The Surface Restaurant and bar yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian makanan laut segar di The Current of The Sea restaurant sambil diiringi nyanyian penyanyi restoran tersebut. Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain.
Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi spa mereka untuk memanjakan diri.
Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 45 minit dari Lapangan Terbang Phuket, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!
Pilhan yang sesuai di La Flora Patong, Phuket
oleh Shah Shamshiri