in

Review Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Jakarta tidak pernah lekang dari pilihan penginapan mewah berkat pembangunan yang pesat bandaraya tersebut. Gah sebagai ibu negara Indonesia, ia terus dikunjungi ribuan pelancong setiap hari. Memandangkan pilihan hotel mewah sangat banyak di situ, lokasi sesebuah hotel sahaja yang membezakan antara ratusan hotel yang tersedia.

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Semestinya hotel yang sering menjadi pilihan adalah hotel yang terletak di tengah-tengah pusat Jakarta berdekatan kawasan Bundaran HI (atau bulatan Hotel Indonesia). Di situlah tersergamnya Hotel Indonesia Kempinski. Hotel mewah bertaraf lima bintang ini menawarkan perkhidmatan berkelas Eropah di samping bilik-biliknya yang anggun. Ia merupakan salah satu bangunan mercu tanda kawasan Jakarta yang juga salah sebuah bangunan paling lama di situ.

[pullquote]Yang menjadikannya hotel mewah paling menarik di situ adalah lokasinya yang terletak bersebelahan Grand Indonesia Shopping Town. Ia bukan sahaja bersebelahan malah bercantum dengan pusat membeli-belah tersohor Jakarta itu. Ini memudahkan para tamu untuk pergi membeli-belah, bersantai ataupun menjamu selera.[/pullquote]

Berteraskan dua sayap utama iaitu Sayap Ramayana serta Sayap Ganesha, keluasan hotel ini benar-benar menepati kedudukannya sebagai hotel mewah bertaraf dunia. Sayap Ramayana menampilkan dua jenis bilik tamu iaitu bilik Deluxe (44 meter persegi) dan Grand Deluxe dengan saiz sekitar 58-62 meter persegi, dengan jumlah 129 bilik. Sayap Ganesha pula direka khas untuk para pelancong perniagaan dengan 160 buah bilik termasuk 1 Suite Presiden, 4 Suite Diplomatik, 6 Suite Salon, 90 Grand Deluxe Eksekutif, serta 59 bilik Deluxe yang dilengkapi sebuah ruang lounge Kelab Eksekutif di tingkat tujuh.

Hotel Indonesia Kempinski menyediakan perkhidmatan lima bintang sepenuhnya. Bermula dengan sebuah dewan utama, Kempinski Grand Ballroom yang bersaiz 3000 meter persegi, ia telah menjadi tempat penganjuran ajnas acara dari aktiviti korporat, majlis perkahwinan, pameran serta macam-macam lagi. Tidak lupa juga bilik-bilik mesyuarat lain yang sering menjadi pilihan syarikat swasta dan orang awam.

Kalau soal menjamu selera pula, Signatures Restaurant menawarkan sajian sepanjang hari dengan kapasiti sebanyak 154 tempat duduk di dalam manakala 60 tempat duduk di luar. Selain itu terdapat juga restoran Itali Casa D’Oro yang tidak kurang hebat sajiannya. Ini diteruskan lagi dengan Lobby Nirwana serta Sky Pool Bar Café untuk bersantai dan minum. Di tingkat paling atas juga terletaknya kolam renang serta sebuah taman tropika di mana tamu boleh beriadah sekiranya menginginkan perubahan suasana. Di situ jugalah tersedianya Kempinski SPA bertaraf dunia buat tamu yang ingin memanjakan serta menenangkan diri.

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta jelas terbukti sebagai hotel yang paling sesuai didiami sekiranya ingin berehat sambil berhibur dalam kemewahan. Jadi, andai singgah ke kota Jakarta pastikan hotel ini menjadi pilihan anda!

Keanggunan Hotel Indonesia Kempinski Jakarta
Oleh Shah Shamshiri

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Hotel Indonesia Kempinski Jakarta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farish Aziz & Rey Kembali Menceriakan Ceria Pagi Sabah

Inilah Kenyataan Dari Kekasih Hanez Suraya Romie Razin Adilha