Biar Holiday Villa Subang Memanjakan Anda!
oleh Shah Shamshiri
[dropcap]P[/dropcap]ernahkah anda terfikir untuk bersantai di hotel yang indah dan menyeronokkan tanpa perlu keluar dari kawasan Lembah Kelang? Dan biasanya kala memilih hotel, tiga perkara terlintas di fikiran anda – lokasi, kemudahan dan juga perkhidmatan. Ada satu jawapan untuk ketiga-tiga perkara ini kalau di Petaling Jaya iaitu Holiday Villa Hotel & Suites di Subang!
Dengan cogan kata “Let Us Manja You”, kedudukannya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika menginap di kawasan Subang atau Petaling Jaya. Mula dibuka sebagai sebuah kelab rekreasi pada tahun 1987, ia kemudian dikembangkan menjadi sebuah hotel lima bintang pada tahun 1989. Hotel ini terletak hanya 8 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz di Subang dan sekitar 45 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
[pullquote align=”right”]Hotel bertaraf lima bintang yang menggunakan perabot bertemakan klasik retro di dalam bilik-biliknya ini masih tampak kontemporari dengan warna-warna tanah-tanih yang menenangkan[/pullquote]
Ia juga berhampiran pusat beli –belah seperti Sunway Pyramid, Subang Parade, Empire Gallery dan juga The Summit. Tambah menarik lagi ia hanya 25 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Taman tema air terunggul Asia Tenggara, iaitu Sunway Lagoon juga hanya 10 minit dari hotel ini. Lantas ia sangat sesuai buat mereka yang ingin bercuti ataupun bekerja.
Sebab kedua mengapa hotel ini harus menjadi pilihan adalah kerana kemudahan yang disediakan. Hotel bertaraf lima bintang yang menggunakan perabot bertemakan klasik retro di dalam bilik-biliknya ini masih tampak kontemporari dengan warna-warna tanah-tanih yang menenangkan. Ia mempunyai 383 buah bilik penginapan yang luas dilengkapi dengan kabel TV, kemudahan internet, kolam renang hotel terbesar buat dewasa dan kanak-kanak serta macam-macam lagi.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di hotel ini kerana terdapat sebuah gimnasium, sebuah laman bowling, bilik snuker, halaman tenis dan badminton, serta sebuah jacuzzi terbuka. Anda juga boleh manjakan diri anda ke spa yang dikenali sebagai Amoaras Relaxation Spa.
Pelbagai rawatan spa disediakan antaranya Balinese Massage, urut tangan dan kaki, dan sebagainya. Anda juga boleh berjalan di sekitar taman kehijauan yang terletak di dalam hotel ini. Hotel ini bukan sekadar memberikan kemudahan untuk para pengunjung bersantai dan berlibur ia juga menyediakan 18 buah bilik mesyuarat/seminar dan dewan yang mampu memuatkan 1000 orang tetamu. Pendek kata, segala kemudahan yang diinginkan ditawarkan di sini.
Faktor yang ketiga – perkhidmatan. Hotel ini memberikan perkhidmatan yang terbaik. Apatah lagi ia mempunyai 10 tempat makan dan minum iaitu Palm Terrace Coffeehouse, The Inn of Four Seasons Chinese Restaurant, CIBO Ristorante Italiano, Poolside Cafe, La Vida Lounge, Lobby Lounge dan Little Cuba. Terdapat juga Lifestyles Karaoke bagi mereka yang suka menyanyi.
Sekiranya ketiga-tiga faktor ini menjadi keutamaan bagi anda untuk mencari hotel bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan perkhidmatan maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan, hubungi Holiday Villa Hotel & Suites Subang buat tempahan anda!