in

Review Hotel Himalaya Kathmandu Nepal

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal Berlatarbelakangkan Pergunungan Himalaya
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]T[/dropcap]anggapan sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa pemandangan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel terkenal di Kathmandu, Nepal yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Hotel Himalaya. Hotel perniagaan ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Nepal untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke lapangan terbang antarabangsa Kathmandu (Tribhuvan) hanya sekitar lapan kilometer sahaja. Ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk menaiki pesawat masing-masing.

Ia juga sangat berdekatan dengan pusat bandar Kathmandu yang memudahkan para pengunjung untuk terus menghala ke tempat-tempat menarik lain di situ. Lebih menarik lagi, kawasan peninggalan sejarah utama iaitu Patan Durbar Square juga tidak jauh dari sini. Malah jika berjalan kaki ia hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja!

Menampilkan 125 buah bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, keajaiban bilik-bilik di hotel ini diperhebatkan lagi dengan pemandangan pergunungan Himalaya di luar jendela. Ini kerana hotel ini terletak di atas kawasan bukit dan lebih tinggi dari kawasan kota utama.

Hotel Himalaya juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah lapangan tenis, sebuah gimnasium dan spa, restoran, bilik-bilik mesyuarat serta ruangan lounge dan sebuah bar. Hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Kathmandu di Nepal!

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes

Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan