in

Review Hotel Crowne Plaza Jakarta

Pertemuan Terbaik di Crowne Plaza Jakarta
oleh Shah Shamshiri

Tersemat indah di Jakarta, hotel Crowne Plaza Jakarta merupakan sebuah hotel perniagaan bertaraf dunia yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu rangkaian hotel terbesar di dunia di bawah kumpulan IHG, Crowne Plaza berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Lokasinya di tengah-tengah pusat bandaraya Jakarta dan hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen busway. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen busway tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Dengan tagline “The Place to Meet” (tempat untuk bertemu), hotel ini memang sesuai dijadikan tempat untuk bertemu dan bermesyuarat.

CrownePlazaJakarta_ClubSuiteBedroom

Dengan 357 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Jakarta dengan penuh gah. Terbahagi kepada beberapa jenis bilik (Deluxe, Executive, Regular suite, Premier, Club, Club Suite, Chairman Suite, dan satu Presidential Suite)

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge khas buat sarapan dan juga koktel petang. Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan senireka kontemporari yang menepati keselesaan para tamu.

Crowne PLaza Jakarta juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang, sebuah lapangan tenis dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Beranda Cafe, Restoran Jepun Akane, Poke Sushi, Maroush dan Semanggi Lounge yang menyajikan hidangan terbaik di samping Stingray Club & Lounge buat minuman serta hiburan malam dan Cake Shop bagi yang ingin menikmati kek serta kopi sambil bersantai. Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Tidak terlalu jauh dari hotel ini juga adalah sebuah pusat membeli-belah iaitu Plaza Semanggi untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Crowne Plaza Hotel di Jakarta kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Lobby - Crowne Plaza Jkt

CPJ_HotelFront

Pool

Club Lounge - Crowne Plaza Jkt

Beranda Cafe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syed Alwi Pengacara Program Seru Qasidah

Kisah Pemuda Insaf Dalam Telemovie 99 Kekasih