Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Petaling Jaya juga banyak hotel-hotel yang hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Hotel ini menyediakan sebanyak 257 bilik penginapan yang selesa dengan rekaan yang menarik.Lokasinya yang strategik pula sangat ideal untuk keluarga dan sesiapa sahaja kerana terletak hanya beberapa minit sahaja dari stesen LRT serta lebuhraya utama.
Buktinya adalah kewujudan hotel Armada Petaling Jaya. Hotel yang terletak di sebelah Lebuhraya Persekutuan ini merupakan salah satu hotel paling popular di sini.
Dengan 24 tingkat, penghuni bilik-bilik hotel dapat menikmati pemandangan yang memuaskan. Tidak dilupakan juga senireka dalaman hotel ini benar-benar selesa dan mudah. Kesemua bilik dilengkapi TV plasma 40” dengan USB, dan semestinya sambungan wi-fi percuma.
Kalau soal menjamu selera pula terdapat lima tempat di hotel ini untuk menikmati makanan iaitu Utara Coffee House yang menjadi pilihan sarapan, makan tengah hari serta malam, Shokudo sebuah deli Jepun, Piano Lounge untuk menikmati makanan ringan sambil bersantai dan Merchant Pub untuk berhibur.
Untuk tujuan bermesyuarat pula Atlanta Ballroom boleh menempatkan sehingga 500 orang tamu dengan kemudahan tercanggih. Terdapat juga enam bilik serbaguna lain sekiranya ingin menganjurkan aktiviti.
Armada juga baru memperkenalkan The Latitude sebuah ruangan baru untuk penganjuran acara yang sangat ‘chic’ dan bergaya. Ia meliputi tiga bilik suite dengan ajnas kemudahan kontemporari. I mampu menempatkan sehingga 250 orang tetamu!
Jadi kalau tercari-cari hotel yang praktikal dan selesa untuk didiami di Petaling Jaya, pastikan Armada tersenarai dalam pilihan hotel anda!
Armada Petaling Jaya – Singgahan Yang Sesuai
Oleh Shah Shamshiri