in

Review Harris Hotel Batam Center

Harris Hotel Batam Center: Lokasi Strategik Seberang Lautan.

Batam merupakan sebuah destinasi yang mula mendapat perhatian ramai kebelakangan ini. Kedudukannya yang tidak jauh dari Singapura dan mudah ditujui dengan kenderaan lautan seperti bot dan feri dari Kota Singa itu menjadikannya lebih menarik untuk dikunjungi. Biarpun lebih popular di kalangan rakyat Singapura dan Johor-Malaysia, pulau kecil milik negara jiran Indonesia ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Bersesuaian dengan tarafnya sebagai sebuah pulau percutian, Batam turut mempunyai ajnas pilihan hotel untuk keselesaan para pengunjung. Salah satu hotel paling popular di pulau comel ini adalah Harris Hotel Batam Center. Dibina di satu lokasi yang sangat strategik, hotel ini sentiasa menjadi pilihan sehinggakan sering penuh dengan pengunjung setiap hujung minggu.

Review Harris Hotel Batam Center

Berdiri megah bersebelahan terminal feri Batam Center, ia merupakan bangunan pertama yang kelihatan sebaik sahaja feri menghampiri jeti. Dengan lokasinya yang sangat praktikal dan mudah disinggahi, hotel 10 tingkat ini berdekatan dengan pusat membeli-belah Mega Mall, Masjid raya Batam Center (masjid terbesar di Batam) serta bangunan ekspo Sumatera. Kesemua tempat-tempat ini terletak beberapa minit sahaja dari hotel ini.

Menyediakan 171 bilik yang dihias indah sesuai dengan warna-warna tema hotel-hotel Harris, Harris Hotel Batam Center masih sering menjadi pilihan para pelancong dari dalam dan luar negara. Kesemua bilik-bilik di sini, memaparkan senireka dalaman yang moden dan kontemporari. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti TV LCD, sambungan internet wifi percuma dan macam-macam lagi.

Selain bilik-bilik yang moden dan kontemporari, Harris Hotel Batam Center juga terkenal dengan tempat-tempat makannya seperti Harris Cafe dan Harrissimo Pizzeria yang menyajikan seleksi makanan paling lazat dari menu tempatan Indonesia sehinggalah hidangan antarabangsa. Restoran ini memang seharusnya menjadi hentian setiap yang berkunjung ke hotel ini.

Tersedia juga H-Spa dan Fitness Centre bagi mereka yang sukakan urut tradisional untuk mengembalikan kesegaran badan serta sebuah gimnasium yang lengkap untuk bersenam. Jika mahu beriadah, hotel ini juga mempunyai sebuah kolam renang untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak.

Harris Hotel Batam Center juga sering menjadi pilihan untuk mengadakan majlis-majilis serta acara-acara besar kerana ia mempunyai banyak ruangan serta dewan-dewan tertentu untuk penganjuran upacara sekian rupa. Dewan utamanya boleh menempatkan 1000 orang dan terdapat juga tiga bilik mesyuarat yang lain.

Dengan jarak sekitar 60 minit dari Harbourfront Centre Sinagpura serta 15 minit dari lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim yang menghubungkannya ke Singapura, Malaysia serta tanah besar Indonesia, hotel ini sememangnya ideal buat sesiapa sahaja yang ingin mengenali Pulau Batam. Ditambah lagi dengan kedudukan kawasan pusat komersial Batam iaitu Nagoya yang hanya 10 minit dari hotel ini, tidak hairanlah sekiranya Harris Hotel Batam Center menjadi pilihan ramai!

Review Harris Hotel Batam Center

Review Harris Hotel Batam Center

Review Harris Hotel Batam Center

Review Harris Hotel Batam Center

Review Harris Hotel Batam Center

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrate Partnership with Exciting Tablet PC Promotion

Jalan-Jalan di Batam Sambil Bermalam di Swiss-Inn Batam