in , ,

Ulasan Konsert Gwen Stefani Tour The Sweet Escape Kuala Lumpur

Dengan ini saya mengumumkan ada satu berita tidak baik dan satu berita baik telah berlaku ke atas diri Budiey pada hari ini. Hehehe… gempak dan melankolik je bunyi ayatnya. Padahal tidak ada apa pun sebenarnya.

Yea! Untuk pengetahuan pembaca yang saya sayangi sekalian, Budiey baru sahaja pulang dari Konsert Gwen Stefani The Sweet Escape Tour di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Memang tertutup konsert Gwen sebagaimana stadiumnya jugak. Konsertnya memang gempak giler. Hahaha! Tak percaya, tanya Rini. Kan Rini, kan? Hehehe…

Itulah dia, nak khabarkan pada anda pasal berita tidak baik ni… Budiey tidak berjaya mendapat pass media untuk membuat liputan konsert tersebut. Bukan saya sahaja yang tidak dapat. Saya kira okay lah sebab saya cuma sekadar penulis blog hiburan sahaja.

Yang sedihnya, ramai lagi wartawan terkenal yang kecewa kerana tidak dapat keizinan untuk mengikuti konsert pertama Gwen Stefani di Malaysia ini. Termasuklah para media wartawan dari penerbitan yang gah dan terkenal. Mmm…. tak nak cakaplah dari mana. You know who lah.

Alasan yang diberikan? Pertama, pass media hanya terhad diberikan kepada media yang datang di press conference Konsert Tour Gwen Stefani yang diadakan baru-baru ini.

Kedua, untuk mengurangkan media yang membuat liputan kerana konsert ini terlalu eksklusif. Oleh itu, penganjur hanya memberikan satu pass media untuk satu penerbitan sahaja. Ketiga, pass media terhad diberikan atas jemputan eksklusif sahaja.

Mana-mana media yang tidak dijemput bermakna mereka tidak dapat mengadakan liputan untuk konsert bekas penyanyi No Doubt ini. Memang tidak dapat dinafikan, penganjur terpaksa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pengurusan Gwen Stefani.

Peraturan dan syaratnya memang agak ketat. Yang menjadi mangsa adalah media yang terpaksa menggunakan sumber lain untuk menulis cerita pasal konsert ini. Jurufoto sambilan juga seorang pun tidak nampak batang hidung kerana mereka telah pun diberitahu bahawa pass media adalah terhad. Buat apa membuang masa untuk datang kalau tidak dapat masuk?

Bagi Budiey, semua itu soal kecil. Kekadang isu sebeginilah yang membuat media kita tidak mahu mempromosikan sebarang konsert mega dari artis barat. Buat apa promosi sedangkan tiada kerjasama. Senario begini sudah biasa. Malah saya rasa pengurusan artis dari Indonesia yang mengamalkan sikap terbuka lebih telus dan lebih baik walaupun artis yang dibawa itu egoistik, sombong dan berlagak. Ops!

Jauh di sudut hati, saya tidak kecewa kerana tidak dapat masuk. Pegawai pengurus media ada menawarkan saya tiket untuk dibeli. Hanya tiket RM200 lebih yang tinggal. Lain tiket sudah sold out. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir samada untuk membeli tiket kerana jawapan yang tertera di minda saya adalah TIDAK. Mengapa? Pertama, saya bukan peminatlah antara jutaan peminat penyanyi seksi ini. Kedua, ianya tidak berbaloi sama sekali. Untuk membuat liputan dan menulis ulasan, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk itu?

Ya, betul… ulasan konsert Gwen Stefani adalah untuk tatapan pembaca blog ini. Tetapi rasanya tidak sampai mengeluarkan wang untuk benda-benda macam ni. Tiket RM280 untuk satu konsert yang gempak tetapi saya sendiri jarang mendengar lagunya. Baru petang tadi saya memuatturun lagu dari album Gwen Stefani dari internet. Dengar pun hanya satu lagu sahaja iaitu The Sweet Escape. Oh ya, dari saya mengeluarkan wang RM280 itu lebih baik saya belanja pembaca saya makan-makan di perjumpaan akan datang. Betul tak? Ke situ lak perginya.

Oh ya. Berita baiknya… petang tadi saya telah mendapat tawaran yang agak lumayan dari sebuah agensi pengiklanan yang terkenal di Malaysia untuk meletakkan iklan latar belakang TM Net (advertisement background) di blog Sensasi Selebriti. Terima kasih kepada www.italkbuddy.com.my kerana sudi menaja blog Sensasi Selebriti.

Sebelum mengambil keputusan untuk pulang, saya sempat berjumpa dengan seorang pembaca setia Sensasi Selebriti iaitu Rini yang dah beli tiket dua bulan sebelum konsert lagi.

Katanya, dapat diskaun sebab Rini adalah pelanggan Maxis. Kemudian, saya juga mundar mandir di lokasi kejadian untuk melihat kerenah penonton. Ramai yang berbangsa Cina dan selebihnya Melayu dan India. Selebriti dan artis pun ada juga yang datang. Tidak terdapat mogok atau rusuhan yang tidak diingini berlaku, namun terdapat polis dan pegawai keselamatan sebagai persiapan sekiranya berlaku benda-benda yang tidak elok.

Booth dan gerai dari penaja serta penganjur juga tidak ketinggalan mengadakan promosi hebat. Juga ada skuad Hitz FM mengadakan contest & kuiz cepumas dengan hadiah-hadiah dan goodies yang gempak-gempaj.

Akhir kata, Budiey dengan ini memohon maaf kerana tidak dapat menjalankan tugas dan menunaikan janji untuk menulis ulasan konsert ini. Kita tunggu sahaja apa kata media mainstream yang dapat membolos diri mereka untuk masuk dan melihat Gwen Stefani berdansa.

Selebihnya… tengoklah gambar-gambar berikut ini. Hahaha!

konsert gwen stefani photos
blog gwen stefani
gwen stefani
gwen stefani
gwen stefani
hitz fm
hots
fans gwen stefani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GWEN STEFANI

New Commercial for Gwen Stefani New Perfume L by LAMB

AZIZAH ARIFFIN

Gambar Pengacara TV3 Azizah Ariffin Kahwin & Bersanding