in ,

Review Film 10,000 BC

Pada 4 Mac lalu, Sensasi Selebriti telah dijemput oleh Cinema Online untuk menonton tayangan filem 10,000 B.C di GSC Mid Valley. Berikut sedikit ulasan ringkas tentang filem terbitan Warner Bros ini.

Ulasan Filem 10, 000 BC
Bagi Budiey, dari segi plot penceritaan, filem lakonan Camilla Belle dan Steven Strait ini terlalu ringkas dan simple. Sinematografinya pula agak klise dengan kesan khas yang tidak terlalu melampau. Berlokasikan New Zealand, Afrika Selatan dan Namibia, filem ini kalau seimbas lalu memanglah menakjubkan dari segi CGI, namun kalau diperhatikan betul-betul ada beberapa objek seperti burung yang besar nampak seperti palsu dan tidak real. Apa-apa pun, paparan antara cebisan kisah di zaman dahulu kala, bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan segala bentuk menjadi satu realiti di layar.

Berkisar dengan kehidupan D’Leh (sebut: Delay), filem ini tidaklah terlalu mendatar kerana apabila diperhatikan dari sudut garapan ada beberapa babak menarik yang membuatkan penonton teruja untuk menonton sehingga habis. Antaranya babak ketika mana D’Leh terjatuh di dalam lubang dan terperangkap bersama seekor harimau besar yang tersepit. D’Leh cakap, “Do not eat me when I set you free.”

Sebenarnya, babak ini sebelum ini pernah kita temui dan pepatah kita pun ada berkata, seperti melepaskan anjing tersepit. Ianya tampak sederhana tapi dalam pada yang sama ada nilai kemanusiaan.

Kaya Dengan Nilai?
Setelah membawa filem berkaitan kepentingan manusia menjaga alam sekitar di dalam The Day After After Tomorrow dan bagaimana pentingnya manusia menjaga alam sekitar dalam Independence Day, serta bagaimana kesan kemusnahan akibat senjata nuklear ke atas sistem ekologi dalam Godzilla, sekali lagi Roland Emmerich memaparkan kisah yang penuh nilai kemanusiaan, peri pentingnya perhubungan kekeluargaan dan bangsa di dalam 10, 000 BC.

Walaupun kisah ini membawa penonton jauh dari peradaban manusia kini, dengan berlanskapkan gunung ganang, batu batan dan padang pasir gersang, 10, 000 BC mampu menonjolkan erti dan nilai yang cukup menyentuh perasaan. Jika dikatakan berkaitan mesej, Emmerich dan tenaga produksi berjaya menyampaikan mesej dengan cukup berkesan tanpa mengenepikan nilai komersil filem ini.

Satu pujian harus diberikan kepada tenaga produksi dari sudut ketelitian dan kesan khas. Penerbit Hollywood memang mementingkan ketelitian, dari sudut pakaian, prop, bahkan dari segi rupa dan bahasa memang cukup teliti. Ini semuanya berdasarkan kajian yang dilakukan berdasarkan sejarah dan diolah menjadi cukup teliti ke layar perak.

Satu perkara yang cukup menakjubkan, apabila ketelitian yang diberikan dalam menonjolkan bagaimana piramid dibina pada masa itu. Jika selain dari dokumentari di “Discovery Channel” inilah kali pertama, secara grafik dipertontonkan bagaimana piramid dibina ke layar perak, manakala, penggunaan CGI dalam banyak “shot” memang cukup teliti dan dikagumi.

Secara keseluruhan, mungkin inilah filem gred “A” yang boleh dikagumi, dengan nilai dan kesan khas yang digunakan menjadikan filem 10, 000 BC hampir sempurna.

Budiey: Menonton filem yang boleh dikatakan semua pelakonnya berambut dreadlog, maka bolehlah kita katakan dreadlog berasal dari stail orang zaman dulu. Dalam erti kata lain, sesiapa yang buat rambut dreadlog tu, memang nak tiru orang zaman kuno.

Rating Sensasi Selebriti: 3/5 bintang

[tags]review 10,000 bc, malaysian movie goers, malaysian news, zaman batu, rambut dreadlog, malaysian radios, political parties in malaysia tengku iskandar, zaid and co, zaid ibrahim, ucapan anuar ibrahim, cerama politik, ulasan politik, kerusi parlimen, dewan undangan negeri, jumlah kiraan undi, undi palsu, isu pengundi hantu, barisan nasional, website bn, laman web pas, cerita politikus[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Kamal Hero Remaja 2008, Pelakon Pelapis Yang Bakal Menyinar

Keputusan Pemenang Hot FM Makan Angin