in

Review Discovery Kartika Plaza Hotel Bali

Keseimbangan Peranginan di Discovery Kartika Plaza Hotel, Bali.
oleh Shah Shamshiri

Jika bercakap tentang pantai dan pulau terindah, Indonesia pasti tersenarai dalam pilihan para pelancong asing. Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di sana sudah tentulah pulau Bali yang terkenal dengan pantai-pantainya. Bali yang terletak tidak berapa jauh dari tanah Jawa merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia.

Villa - pool 4

Dan sekiranya tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan The Discovery Kartika Plaza Hotel & Villas menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di Pantai Kuta Selatan, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah pusat pantai Kuta dan bersebelahan salah satu pusat membeli-belah tersohor di Bali iaitu Discovery Shopping Mall. Hotel ini juga adalah salah satu hotel paling lama dan dikenali di sini sehinggakan nama jalan di mana hotel ini berada sahaja adalah sama dengan nama hotel iaitu Jalan Kartika Plaza.

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, serta villa-villa persendirian para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di The Pond Cafe yang menghidangkan pelbagai menu tempatan Indonesia dan antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian Itali di La Cucina atau hidangan Jepun di Tepan Noodle. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Sunset Lounge dan juga Kul-Kul Bar buat yang mahu menari dan berhibur. Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun mencuba sukan air yang ada tersedia (seperti jetski, menyelam, sukan kanu dan macam-macam lagi).Terdapat juga gelanggang tennis dan skuasy, serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam. Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di taman permainan atau bermain boardgames di Kid’s Club.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 45 minit dari Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Kul-Kul Bar

Discovery Suite

Discovery Suite

Kul - Kul Pool Bar

Aerial Shoot

Tepan Gazebo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

7 Hari 7 Malam

Pengacara TV3 Adzriefaiz Akhirnya Bernikah