in

Review Cyberview Resort & Spa

Kayangan Tersembunyi Cyberjaya : Cyberview Resort & Spa
oleh Shah Shamshiri

Tersemat di dalam taman tropikal yang telah merangkul pelbagai anugerah namun masih di pusat kesibukan teknologi dan perdagangan, Cyberview Resort & Spa menawarkan suasana resort butik eksklusif yang bertaraf lima bintang dan digarap dengan layanan terbaik budaya Malaysia. Sebagai satu-satunya hotel tunggal di bandar pintar Cyberjaya, resort ini terletak di lokasi strategik sekitar 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Review Cyberview Resort & Spa

74 chalet mewah serta suite-suite dan banglo menjadi taruhan tempat ini dengan setiap unit dilengkapi kemudahan-kemudahan terkini serta perabot berkualiti tinggi. Setiap bilik menampilkan perkhidmatan internet berjalur lebar tanpa bayaran di samping senireka dalaman yang menyejukkan mata tiap kali berada di dalam bilik. Keselesaan para tamu merupakan faktor paling penting yang dititikberatkan oleh pihak resort lantas kesemua banglo mirip rumah idaman yang menawarkan ruangan luas dan tempat untuk beristirehat.

Kalau soal sajian bagi menjamu selera pula, Bistro Cascata menyediakan hidangan Italian fusion untuk makan tengah hari dan malam. Mirip sebuah istana kecil yang terletak di tepi kolam renang dengan pemandangan sebuah air terjun yang indah, restoran ini mempunyai ruang makan peribadi sendiri dan menyajikan pengalaman fine-dining terbaik ala Itali. Para pengunjung juga boleh menikmati makanan di restoran Verandah untuk sarapan dan waktu-waktu lain dengan latar belakang taman yang menakjubkan. Terdapat juga restoran Cina Xing Zhu bagi mereka yang menggemari masakan Cina.

Jangan lupa yang anda juga boleh bersantai di bar Karma sambil mendengar alunan muzik. Jika mahu beriadah, kolam renang mereka yang luas sangat sesuai untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Ini diikuti dengan kemudahan beriadah lain seperti laman tenis, serta gymnasium untuk bersenam.

Jika ingin memanjakan diri, bersembunyilah di Sembunyi Spa untuk menikmati rawatan bagi mengekalkan serta menenangkan rohani dan jasmani anda. Sambil diurut dengan suasana alam semulajadi di sekeliling, pasti pengalaman di sini sukar dilupakan.

Seperti hotel lain juga, resort ini mempunyai ruang mesyuarat bagi pelbagai kemudahan serta dewan besar untuk penganjuran majlis-majlis gilang-gemilang. Sekiranya anda mahukan suasana tenang seperti di luar kota tapi tidak mahu jauh mengembara dari pusat kemodenan, Cyberview Resort & Spa merupakan destinasi paling sesuai untuk anda mahupun seisi keluarga berehat dan bercuti.

Review Cyberview Resort & Spa

Review Cyberview Resort & Spa

Review Cyberview Resort & Spa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Akad Nikah Ella & Azhar

Konsert G4 Petikan Legasi