Jenama Concorde merupakan salah satu jenama hotel yang terkemuka di Malaysia. Concorde Hotel Shah Alam adalah sebuah hotel yang telah memenangi banyak anugerah. Ia terletak di tengah Bandaraya Shah Alam, serta sekitar 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hotel perniagaan mewah ini mempunyai lokasi yang strategik kerana berada tidak jauh dari Masjid Biru Shah Alam yang menjadi salah satu tarikan utama bandaraya ini. Selain itu ia juga berhampiran taman pertanian Bukit Cahaya serta kompleks sukan Shah Alam.
Dengan 381 buah bilik serta suite eksklusif, kemudahan-kemudahan yang tersedia di bilik-bilik ini setaraf hotel-hotel hebat lain. Dilengkapi bilik-bilik Superior dan Deluxe Executive yang telah dinaiktaraf, para tamu pasti akan lebih menyenangi suasana baru semasa bermalam di sini. Malah bilik-bilik Deluxe di sini juga baru sahaja diperbaharui untuk tampil lebih cantik dan selesa untuk kegunaan para tamu.
Selain bilik-biliknya yang cantik, hotel ini juga terkenal dengan sajian makanan yang tersedia di Melting Pot Cafe . Restoran ini menawarkan hidangan 24 jam buat mereka yang mencari hidangan terbaik. Melting Pot Cafe juga sudah mula memperkenalkan beberapa sajian baru dalam menu mereka sejak Mei 2015 ini.
Selain itu, terdapat juga restoran Raku Xin buat penggemar masakan Jepun dan Cina yang menghidangkan sajian dari kedua-kedua budaya.
Untuk pengetahuan anda, Concorde Hotel Shah Alam adalah satu-satunya hotel di Shah Alam yang mempunyai tiga sijil Halal buat Melting Pot Cafe, dapur pastri dan dapur utama. Ia juga lengkap dengan kemudahan bilik-bilik mesyuarat, dewan yang boleh memuatkan ramai orang, serta sebuah spa, gimnasium dan kolam renang.
Gimnasium mereka yang dikenali sebagai KILOS fitness centre menggunakan kelengkapan yang moden dan terkini untuk kegunaan tamu. Lebih istimewa lagi, keahlian di pusat kesihatan dan gimnasium ini turut terbuka kepada orang awam yang berminat.
Secara amnya, hotel ini lengkap dari setiap aspek dan sentiasa menawarkan perkhidmatan dan kemudahan terbaik di Shah Alam! Jadi singgahlah semalam dua di hotel ini untuk menikmati kelainannya.