in

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Muncul dengan konsep dan jenama yang tersendiri, Bloomrooms merupakan rangkaian hotel bajet yang unik di India. Di New Delhi, hotel ini mempunyai dua cawangan dan yang sering menjadi pilihan adalah hotel Bloomrooms yang terletak berdekatan stesen keretapi utama New Delhi. Ini memudahkan para tamu utnuk pergi bersiar-siar kerana stesen metro mereka juga hanya beberapa minit perjalanan dari hotel.

Apa yang membezakan Bloomrooms dengan hotel-hotel lain adalah harganya yang sangat berpatutan dan praktikal, serta senireka rangginya. Ia menawarkan perkhidmatan asas dalam dunia penginapan namun tetap berkualiti dan terjamin.

[pullquote]Memang banyak hotel zaman sekarang yang muncul dengan konsep ‘budget’ atau murah dan masih selesa didiami namun Bloomrooms nampaknya menerajui hotel-hotel dengan konsep ini. Berbekalkan 49 bilik-bilik ceria yang berwarna kuning dan putih seperti kesemua hotel mereka, ia nampaknya bakal menjadi pilihan ramai pengunjung.[/pullquote]

Selain harganya yang sangat menarik (harga bilik semalam bermula pada sekita RM113), ia menawarkan bilik yang lebih luas daripada hotel murah biasa dan ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan terbaik untuk keselesaan para tamu. Tamu boleh memilih antara bilik ‘compact’ (sesuai buat mereka yang hanya perlukan tempat tidur dan istirehat sementara), bilik ‘standard’ yang lebih luas daripada biasa serta bilik ‘value’ yang juga mempunyai katil bertingkat.

Semua bilik lengkap dengan TV layar leper dan juga kemudahan wi-fi internet secara percuma. Ia juga mempunyai sebuah bilik mandi yang unik dengan kelangkapan mandian berkualiti tinggi. Air mineral percuma juga disediakan sepanjang penginapan serta perkhidmatan ‘shuttle’ percuma.

Untuk sarapan pagi, Bloomrooms mempunyai sebuah restoran berkonsep kafe Itali iaitu Amici. Di sini terdapat sajian berkonsep sayuran yang dimasak berasingan dengan hidangan berdaging.

Amici terletak bersebelahan lobi utama di mana tersedia juga komputer berinternet untuk kegunaan tamu secara percuma! Dengan konsep yang sangat unik dan asli ini, pasti ramai yang tertarik untuk cuba bermalam di Bloomrooms sekiranya ke New Delhi nanti. Pendek kata, hotelnya sangat praktikal serta murah, para pekerjanya ramah dan suasananya meriah!

Bloomrooms @ New Delhi Railway Station : Penginapan ranggi masa kini!
oleh Shah Shamshiri

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

De’Meises Popular Dengan Lagu Bintang Hatiku

Konsert UB40 Live In Kuala Lumpur