Bayview Beach Resort Pulau Pinang: Keseronokan buat seisi keluarga!
oleh Shah Shamshiri
[dropcap]B[/dropcap]ercakap tentang pantai-pantai dan pulau-pulau tercantik, Malaysia selalu tersenarai dalam pilihan para pelancong asing. Dengan itu kita sebagai rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan di atas kelebihan ini.
Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di negara kita adalah pantai di kawasan Batu Ferringhi di Pulau Pinang.
[dropcap]K[/dropcap]alau tercari-cari tempat untuk bermalam, pastikan Bayview Beach Resort menjadi pilihan utama anda. Resort yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.
Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang yang tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya.
[pullquote align=”right”]Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di La Veranda Coffeehouse yang menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik.[/pullquote]
Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Bay Lounge Lobby Bar dan juga Kelapa Coffee & Wifi bar buat yang suka bersantai dan berhibur. Kalau mahu sampai larut malam, singgahlah ke Original 5 Pub.
Tersedia juga Marco Polo Euro Oriental Restaurant yang menyajikan makanan Cina serta sajian gabungan selain restoran Sagar yang menghidangkan masakan India utara. Terdapat juga dewan buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.
Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun mencuba sukan air yang ada tersedia (seperti jetski, para-sailing, banana boat dan macam-macam lagi).
[pullquote]Terdapat juga lapangan, tennis dan skuasy, serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam.[/pullquote]
Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di taman permainan atau bermain aneka permainan serta boardgames di kids club dan di dalam bilik.
Para tamu juga boleh memilih untuk turut serta dalam aktiviti lain seperti kembara hutan (jungle walk), berbasikal serta macam-macam lagi. Pendek kata resort ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai.
Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 25 minit dari kota Georgetown dan 50 minit dari lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!