in ,

REV Media Group Buka Peluang Bakat Baharu Sertai Pasukan Teknologi

Jabatan Teknologi (tech team) REV Media Group (RMG) membuka peluang buat bakat-bakat baharu menyertai mereka dalam usaha pendigitalan syarikat pada tahun 2022.

REV Media Group, salah satu dari anak syarikat Kumpulan Media Prima, merupakan Penerbit Digital #1 Malaysia dan bertanggungjawab terhadap cabang digital kumpulan syarikat. Menjadi tulang belakang buat RMG, tech team ini telah ditubuhkan pada 2016 berperanan untuk membantu usaha-usaha pendigitalan Kumpulan Media Prima.

Bermula dengan hanya 4 orang juruweb pada tahun 2015, kemudian telah menjadi satu pasukan teknologi yang lengkap pada tahun 2016 yang terdiri daripada semua komponen berbeza seperti UI/UX Front End, Back End, Cloud, DevOps dan lain-lain.

Transformasi digital perniagaan semakin berkembang pesat khususnya daripada aliran gaya digital dan teknologi sedia ada. Pasukan Tech team RMG memainkan peranan yang penting dalam memastikan inovasi platform, perkembangan dan pengurusan teras perniagaan Media Prima Berhad; televisyen, cetak, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan dan media digital.

REV Media Group Buka Peluang Bakat Baharu Sertai Pasukan Teknologi

Sejak penubuhannya, pasukan ini telah melaksanakan lebih 300 projek dalam tempoh 5 tahun pada skala yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan dan permintaan perniagaan.

Ketua Teknologi & Inovasi RMG, Mohamed Aafrin berkata kapasiti pasukan sedang meningkat pantas dan kini mencari lebih ramai developer (tech engineers) untuk membantu rancangan pertumbuhan perniagaan pada 2022.

“Kami sedang mencari developers yang berbakat untuk pelbagai peranan termasuk web developer, full stack engineer, dev ops dan beberapa peranan lain dalam ruang teknologi.

“Peranan-peranan ini adalah penting bagi kejayaan usaha-usaha pendigitalan dan prose pengembangan syarikat,”

– Mohamed Aafrin

Aafrin juga turut menambah mereka turut menyediakan peluang untuk latihan industri (internship) buat para pelajar dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama merasai pengalaman berada dalam bidang berita dan media.

Antara teras platform yang telah dibangunkan oleh Tech team adalah New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Says.com, OhBulan dan platform penstriman OTT tempatan, tonton.

Pasukan ini juga mengusahakan projek-projek yang menarik dan mencabar seperti MyUNDI untuk menyampaikan data dan statistik pilihan raya, dan pelbagai projek transformasi digital untuk meningkatkan kekuatan digital kumpulan.

Tech team RMG banyak melabur pada teknologi terkini seperti Microservices, Serveless Technologies, Big Data, Machine Learning, Artificial Intelligence (AI), AR/VR dan juga memfokuskan pada R&D untuk membawa masuk teknologi baru kepada Berita & Media.

Pasukan ini telah menjadi perintis dalam kalangan Berita & Media meneroka dan memperkenalkan teknologi baru dalam kumpulan sejak 5 tahun lalu.

Jika anda berminat untuk menyertai pasukan ini, boleh hantarkan profil/ resume anda ke [email protected].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nana Mahazan Hadiahkan Proton X70 Untuk Ibu Bapa Bukan Niat Untuk Menunjuk

Sinopsis Drama JANGAN PERNAH LUPAKAN AKU, Adaptasi Novel DONT FORGET TO REMEMBER