in , ,

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Transformasi dari Bobby’s by Gempak kepada Paku & Pontianak.

Seram ke? Bukan. Ianya lebih kepada konsep. Ada konsep baru ada style. Makanan western tapi konsep ke arah seni menghargai wanita melalui karya. 

Dari A sampai Z , Paku dan Pontianak berubah 360 darjah. Tiada lagi Bobby’s. Perubahan ini memberikan keyakinan yang tinggi dengan lonjakkan jualan. 

Hayati setiap bait alunan kata-kata bila menjejakkan kaki di Paku & Pontianak. Menghargai wanita dengan kata-kata dan bunga ros merah. 

Bermula dengan membina keyakinan mereka kepada tranformasi ini supaya mereka boleh tersenyum selepas ini. 

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Dari Biasa Kepada Luar Biasa! 

Kini sudah hampir 7 bulan transformasi ini, Paku & Pontianak melebarkan sayapnya dengan pembukaan restoran keduanya di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. 

Kali ini masih berkonsepkan sama cuma ada beberapa perubahan seperti pemilihan lokasi yang menjurus kepada rumah banglo lama yang lebih luas, dengan penambahan menu- menu baru, konsep yang lebih jelas iaitu menghargai setiap wanita dan juga ruangan mengambil gambar yang luas serta dekorasi yang lebih menarik. 

Menariknya Paku & Pontianak Jalan Gurney ini, penglibatan seorang pelawak, pelakon, penyanyi iaitu Danial Zaini sebagai pemilik dan rakan usahasama. 

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Setelah Danial Zaini selesai kontrak bersama Dj Radio di Era fm, Danial melangkah kehadapan untuk terus berkarya sebagai anak seni penyanyi dan berlakon, sehubungan dengan perjalan kariernya, Danial menglibatkan diri dalam bisnes usahawan dan kini Danial adalah salah seorang pemilik di Paku & Pontianak dan akan mengeluarkan produk sendiri untuk masa akan datang. 

Penglibatan Danial Zaini ini secara tidak langsung membantu Paku & Pontianak kepada satu aras yang lebih baik. Awal pertemuan bersama Danial Zaini ini berlaku bila Danial meluahkan rasa ingin membuka sebuah restoran bersama Broku, pakar penjenamaan dan pemasaran bagi usahawan F&B di Malaysia. 

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Perbincangan dan pertemuan berkali-kali membuahkan hasil dengan satu kata persetujuan. Dari pemilihan lokasi, perbelanjaan, konsep dan juga menu diperhalusi bersama. Maka tercetuslah Paku & Pontianak Jalan Gurney. 

Tanggal 19 Januari menjadi saksi kepada dunia F&B di Malaysia, Paku & Pontianak Jalan Gurney telah memulakan operasinya. 

Segala yang dirancang selama 3 bulan ini membuahkan hasil dengan siapnya cawangan kedua ini. 

Paku & Pontianak Jalan Gurney bukan sahaja menyajikan makanan western tapi juga menyajikan mata dan deria pendengaran semua yang mengunjunginya. Jangan lupa setiap momen gambar yang dirakam, menghasilkan pengalaman yang sukar dilupakan. 

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Mengambil kira setiap aspek persediaan hari pelancarannya pada 26 Januari ini, Paku & Pontianak sudahpun dibuka bagi mereka yang ingin menikmati menu hidangan yang disediakan antaranya Candle Light Dinner Set, Australian Black Angus Grain Fed Tomohawk Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Lamb Moussaka dan banyak lagi. 

Restoran Paku & Pontianak Buka Cawangan Kedua di Jalan Gurney, Kuala Lumpur

Transformasi ini pasti mengubah landskap dunia F&B di Malaysia yang menyajikan konsep yang mengagumkan dan makanan sedap yang sesuai dengan citarasa semua orang. 

Bagi mereka yang ingin merasai hidangan ini bolehlah datang sekarang di Paku & Pontianak Jalan Gurney, No 21 Jalan Gurney 2, 54000 Kuala Lumpur. 

Inilah Paku & Pontianak!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHAI BAHAR

DFP Rai Ulangtahun Ke-25 Dengan Siri Konsert Artis & Band Tempatan

DAYANG NURFAIZAH

Dayang Nurfaizah Lancar Album Belagu 2, Produksi Muzik Bertaraf Dunia