Dulu, masih ingat lagi dengan kunjungan pertama Budiey di Restoran Cheng Ho milik Otai Rock kita, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi A. Rahman bersama isterinya, NorHasniza Hassan ini. Masa tu, restoran yang dibuka dengan rasminya pada April 2008 tidak dikenali ramai. Namun, sekarang orang berebut-rebut nak merasai masakan yang berkonsepkan Chinese Islamik di restoran yang terletak di Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju ini. Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Amy Search iaitu Iconhill Holdings Sdn Bhd.
Budiey rasa, mengapa orang ramai duk berebut-rebut nak rasa masakan di sini adalah kerana tarikan dan kekuatan nama Amy Search dan keunikan menu menarik yang disediakan. Cheng Ho boleh disifatkan destinasi paling ideal buat pengunjung terutamanya beragama Islam untuk menikmati hidangan seafood ala chinese style yang halal. Tapi Budiey tak dapat makan banyak sangat sebab alergik dan resdung. Makan sikit je udang, terus gatal-gatal muka.
Couple romantik yang bikin bisnes makanan
Sepanjang kira-kira sembilan bulan restoran itu beroperasi, sambutan diterima cukup baik. Justeru, mereka memutuskan untuk memperkenalkan beberapa lagi hidangan baru untuk pilihan pengunjung.
Hidangan baru itu ialah Ikan Goreng gaya Zheng He, Ikan Kukus Phet Sat, Udang Susu Segar, Kerabu Sotong gaya Cheng Ho, Cendawan Hitam bersama Perut Ikan, Sup Tofu Daging Ketam dan Ikan Kukus dengan Herba. Diperkenalkan oleh chef iaitu Chef Mohd Hanif Bin Zakaria, Chef Fairuz dan Chef jaffar.
Budiey dah rasa semua menu baru ni… kira boleh tahan gak la. Sedap sehingga menjilat jari. Harganya pun berpatutan gak la… hehehe
“Sempena Tahun Baru Cina, kami akan memperkenalkan pakej tahun baru iaitu Yee Sang dengan harga RM25 seorang (5-6 orang), RM50 seorang (1–20 orang) yang biasanya disediakan secara berkumpulan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hidangan itu seperti minyak zaitun kami dapatkan dari Palestin yang secara tidak langsung dapat membantu meringankan kesengsaraan dihadapi penduduk negara itu, manakala madu pula diperoleh dari Yaman,” katanya.
Untuk masa depan, Amy Search merancang untuk menyediakan Dim Sum untuk para pengemar Dim Sum dan dijamin halal. Untuk menghargai para pengunjung yang memberi sokongan selama ini, Restoran Cheng Ho mengeluarkan sendiri produk cenderahati khusus untuk pengunjung dan peminat-peminat beliau. Semua cenderahati ini seperti mug, t-shirt, payung, topi dan sebagainya.
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan tentang menu baru Restoran Cheng Ho, korang boleh hubungi 03-41496094.
Ketam Masak Cina ni best
Ikan Kukus Phet Sat
Desert
Kerabu Squid Cheng Ho Style
Soup
Stim Chicken With Herbs
Crab Meat Tofu Soup