Biarpun mengaku tahu serba-sedikit mengenai pergolakan antara mereka pada peringkat awal, Erra bagaimanapun mendakwa, tidak tahu dengan mendalam masalah yang terjadi dan tidak ada hak untuk masuk campur langsung.
Tambah Erra, dia juga ada bercerita mengenai hal itu dengan Bella dan Emran serta tahu mereka sudah lakukan sehabis baik untuk selamatkan rumah tangga dibina.
“Saya tak campur hal rumah tangga mereka. Saya tiada hak untuk itu. Saya bukan jenis nak korek-korek lanjut mengenai masalah mereka, Saya yakin mereka juga tidak mahu berpisah tetapi takdirnya ia berlaku jua,
“Tiada sesiapa dalam dunia ini mahukan perceraian, saya pun pasti Bella dan bekas suami tak nak,”
“Saya tahu sedikit sebanyak mengenai pergolakan itu. Tetapi, secara mendalamnya, saya tidak tahu dan tak mahu tahu pun. Kalau mereka tak buka mulut, saya pun zip mulut,”
“Mereka tidak pernah bercerita dengan mendalam. Tipulah saya tidak tahu pergolakan yang berlaku.
“Walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak, saya tak mahu korek (bertanya lanjut). Cukup tahu sikit-sikit pada peringkat permukaan. Saya tidak pernah tanya kenapa, apatah lagi mengorek lebih lanjut.
“Sebagai wanita, kami ada berbicara melalui teks (mesej) tetapi hanya perkara-perkara umum sahaja, tidak begitu terperinci.
“Sebagai wanita kami hanya berbicara cerita umum pasal wanita. Saya sedikit sebanyak, beri nasihat tapi taklah secara terperinci sebab Bella pun tak beritahu terperinci.
“Bukan mereka tidak cuba selamatkan rumah tangga, tapi Itulah ketentuanNya. Saya juga pernah bercakap dengan bekas suami, tapi tidaklah sampai nak bercerita lanjut mengenainya,”
– Erra Fazira
Penyanyi lagu Menangkah Cinta berkenaan turut menitipkan nasihat buat Bella, di mana dia berharap pelakon kelahiran Indonesia itu bersabar menerima dugaan.
“Dalam setiap pahit, pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji kita sebab Allah sayang kita dan adalah ganjarannya itu nanti. Bersabar sajalah,”
– Erra Fazira
Erra dalam tona yang membayangkan tidak mungkin beliau akan merujuk kembali kepada bekas suaminya itu.
Namun, pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, 46, tidak menolak sekiranya jodohnya tiba, beliau akan berkahwin.
“Cuma saya tidak mencari tetapi jika dah ditakdirkan sampai jodoh saya akan terima sebab saya tidak pernah menutupkan hati saya,”
– Erra Fazira
Ditanya ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya setelah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu, Erra berkata, calon itu haruslah berkeupayaan membimbingnya dunia akhirat.
“Saya lebih senang jika mendapat seorang suami yang boleh kejar dunia dan akhirat seiring bukan sekadar berada di dunia glamor sahaja tetapi turut ada masa untuk beribadah,”
– Erra Fazira
Erra jujur yang tidak meletakkan syarat calon suami harus berada dalam kalangan orang seni atau pun tidak.
Ikutkan hati memang nak orang luar dari seni, tetapi selalu dapat orang seni, jadi tidak mahu nak ikut-ikut hati sangat,”
– Erra Fazira
Bagaimanapun, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini mengakui belum bertemu calon suami melainkan menumpukan sepenuh perhatian terhadap Aleesya.
“Jika dah sampai jodoh saya akan terima seadanya, jika tidak pun saya tiada masalah cuma saya tidak menutup pintu hati saya untuk berkahwin lagi,”
– Erra Fazira
Menurut beliau, pengalaman gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini mengajarnya untuk lebih berhati-hati.
Pada 1 Julai lalu, desas-desus keretakan rumah tangga Engku Emran dan Laudya terjawab selepas bintang Indonesia itu mengaku mereka sudah berpisah. Menurut Bella, keputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.
Memetik laporan agensi berita Indonesia, Laudya membuat pengakuan bercerai dengan Engku Emran ketika ditemuramah portal berita, Insertlive.com di republik itu.
Kompas.com melaporkan, Bella mengaku bercerai secara baik-baik dengan Engku Emran
Erra percaya apa yang terjadi antara Engku Emran dan Laudya ada hikmah tersendiri.
“Dalam setiap pahit, ada hikmah dan manisnya. Allah uji kerana sayang. Ada ganjarannya… Bersabar sahaja,”
– Erra Fazira
Erra berkata, anak perempuannya, Engku Aleesya turut berduka dengan berita perceraian bapanya.
“Saya sedar Aleesya sedih dengan berita itu. Dia pun sayang Bella. Saya percaya bapanya pun bersedih dengan apa yang berlaku,”
– Erra Fazira
Sementara itu, Erra bersyukur pada usia 46 tahun, dia masih mendapat kepercayaan syarikat pengeluar produk yang melantiknya sebagai duta.
“Saya percaya rezeki tak salah alamat. Saya amat bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah panjangkan. Soal aktif atau tidak termasuk persaingan dengan artis generasi baharu, semuanya subjektif.
“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang beri kepercayaan,”
– Erra Fazira
Pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini menambah, ketika ini, dia hanya memenuhi komitmen sebagai pengacara.
“Saya masih mengacara untuk program Mingguan Wanita musim kedua. Kerja lakonan semuanya dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan sesuai, saya sedia menimbangkannya. Selebihnya, masa saya banyak diluangkan bersama anak di rumah,”
– Erra Fazira