Resorts World Cruises dengan sukacitanya mengumumkan permulaan pelayaran 5 Malam dan 3 Malam bersama kapal persiaran Genting Dream ke Phuket dari Singapura dan Pelabuhan Klang, bermula dari bulan November 2022.
Para pelancong kini boleh menikmati percutian pelayaran ke Phuket dengan pilihan berlepas dari Singapura pada 20 November 2022 dan 12 Mac 2023 untuk pelayaran 5 Malam ke Kuala Lumpur* -Pulau Pinang – Phuket.
Sebagai pilihan alternatif, para pelancong turut boleh bertolak dari Pelabuhan Klang pada 21 November 2022 dan 13 Mac 2023 untuk menikmati pelayaran 5 Malam Pulau – Pinang – Phuket – Singapura.
Selain itu, pelayaran 3 Malam ke Phuket dari Singapura dan juga pelayaran 3 Malam ke Singapura – Phuket dari Pelabuhan Klang akan menerima tempahan bermula 15 November 2022 bagi tarikh pelayaran antara bulan Mei 2023 hingga April 2024.
“Sambutan untuk pelayaran 2 Malam dan 3 Malam bersama kapal persiaran Genting Dream sangat positif dan mendapat sambutan dan momentum yang kukuh.
Oleh demikian, penawaran Phuket sebagai destinasi pelayaran tambahan pada masa ini amat sesuai yang akan terus memacu pertumbuhan pasaran domestik dan ‘FlyCruise’ di rantau ini.
Selain itu, para pelancong kini mempunyai lebih banyak pilihan perjalanan ke Phuket dan berpeluang menikmati keselesaan kapal persiaran yang termasuk makanan dan minuman, hiburan dan aktiviti rekreasi,”
“Dengan sokongan berterusan dari pihak Tourism Authority of Thailand, kami akan terus berkejasama secara rapat untuk membangunkan Phuket sebagai destinasi pelayaran utama bagi Resorts World Cruisesâ€
– Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises
“Memandangkan industri pelancongan pelayaran semakin aktif semula, kami bergembira dapat berkerjasama dengan Resorts World Cruises untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong dari sector pelayaran ke Phuket dan sekitar Thailand. Bagi pihak kita, kami ingin mengucapkan taniah kepada Resorts World Cruises atas pelayaran pertama ke Phuket. Kami teruja bahawa lebih pelayaran ke Phuket akan dijangka pada tahun 2023 dan 2024â€.
– Puan Nongyao Jirundorn, Pengarah Malaysia & Brunei, Tourism Authority of Thailand
Pelayaran percutian dengan kapal persiaran Genting Dream ke Phuket pastinya selesa dan mudah, menawarkan kenangan percutian yang unik. Dengan masa persinggahan yang mencukupi di Phuket, para pelancong pastinya dapat menerokai pelbagai tempat yang menarik di pulau itu. Semasa bersinggah di Phuket, para pelancong berpeluang melawat secara “Free & Easy†atau lawatan berpandu bersama Resorts World Cruises ke lokasi-lokasi popular di Phuket.
Ini termasuk lawatan ke pulau-pulau kecil yang cantik seperti Pulau Phi Phi Ley, Phi Phi Don, Pulau Buluh dan banyak lagi; berinteraksi dengan gajah-gajah di kawasan perlindungan hutan; melawat pelbagai tapak kebudayaan dan keagamaan seperti Wat Chalong, Big Buddha, Bandar Lama Phuket dan banyak lagi; serta membeli-belah di pasar-pasar dan pusat membeli-belah terkenal seperti Pornthip, Central Department Store dan lain-lain.
Melengkapkan pengalaman percutian di Phuket, kapal persiaran Genting Dream juga merupakan sebuah “Pusat Peranginan di Lautan Luas†yang turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik semasa berlayar di laut. Ini termasuk makanan dan minuman yang menampilkan hidangan antarabangsa dan Asia yang meluas, serta ‘Snack Corner’ dengan hidangan kegemaran sepanjang hari.
Sebagai Kapal Pesiaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC** Pertama di Dunia, pelancong Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang disahkan, serta masakan ‘vegetarian’ dan Jain. Sorotan tawaran inklusif lain yang menarik ialah persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 1,000 tempat duduk, taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ‘zipline’, dinding ‘rock-climbing’ dan lebih banyak aktiviti rekreasi yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Selepas seharian penuh dengan keseronokan, para pelancong boleh berehat dan menikmati keselesaan bilik di atas kapal seperti bilik ‘Interior’, ‘Oceanview’, Balkoni dan bilik mewah “The Palace†– ‘sebuah kapal-dalam-kapal’ enklaf peribadi dengan kemudahan-kemudahan eksklusif, termasuk perkhidmatan butler peribadi gaya Eropah dengan servis 24 jam, serta peluang untuk berehat di Crystal Life Spa.
Layari laman web www.rwcruises.com untuk maklumat lanjut mengenai jadual-jadual perjalanan pelayaran ke Phuket dan destinasi-destinasi lain yang menarik bersama Resorts World Cruises.