Bila sebut pasal bulan Ramadan, antara yang paling dinantikan tentunya saat berbuka puasa – lebih-lebih lagi bila dapat menikmati pelbagai hidangan tradisional kegemaran ramai dalam suasana yang tenang dan menyamankan. Tahun ini, Resorts World Awana yang terletak di tengah-tengah kehijauan hutan hujan Genting Highlands membawakan kelainan buat semua pengunjung dengan menampilkan Bufet Ramadan Warisan Awana bertemakan bazar, eksklusif di Jom Makan Awana.
Suasana Bazar Tradisional Yang Menghidupkan Jiwa Ramadan
Sejak melangkah masuk ke ruang makan, pengunjung akan terus dibawa menyelami suasana seperti berada di bazar Ramadan sebenar. Dengan dekorasi berwarna-warni, bau rempah ratus yang menggoda selera, dan alunan muzik yang mengasyikkan, ia bukan sekadar pengalaman menjamu selera, tetapi satu bentuk penghayatan budaya dan tradisi.
Bufet ini adalah hasil kreatif Eksekutif Chef Ahmad Rosnie yang telah menggabungkan resipi warisan keluarga bersama sentuhan profesional untuk menghasilkan hidangan yang bukan sahaja sedap, malah menyentuh emosi – terutama buat mereka yang merindui cita rasa kampung halaman.
Menu Klasik & Hidangan Istimewa Yang ‘Wajib Cuba’
Dari Gulai Ikan Tongkol yang kaya rempah, Rendang Tok yang empuk dan pekat, sehinggalah Pasembur Pulau Pinang yang penuh rasa dan tekstur, segala juadah disediakan dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang. Sotong Bakar, Nasi Kandar, Seafood Shell Out, dan tidak dilupakan Kambing serta Daging Bakar yang sering menjadi rebutan di setiap bufet – semuanya menanti untuk dinikmati.
Satu lagi ‘highlight’ yang tak boleh dilepaskan adalah Sup Gearbox – dengan rasa yang ‘meletup’ dan tekstur yang sempurna, pasti memuaskan hati setiap penggemar sup tulang. Bagi peminat sambal, ada sehingga 10 jenis pes sambal dan kondimen Lost Recipes yang memang rare, dicipta khas sempena bulan penuh barakah ini.
Pembuka Selera, Kuih Tradisional & Lempeng Hangat
Sebagai pembuka selera, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kuih seri muka, kuih lapis, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, lempeng hangat disajikan dengan kari dhal, chutney kelapa, dan manisan kesari – sesuatu yang pasti membangkitkan nostalgia zaman kecil.
Lebih menarik, stesen masakan secara langsung disediakan, membolehkan pengunjung melihat sendiri proses penyediaan makanan secara ‘live’. Ia menambah lagi elemen interaktif dan menjadikan pengalaman berbuka lebih menyeronokkan.
Harga Berbaloi, Hidangan Berkualiti
Untuk mereka yang ingin merancang lebih awal, harga promosi tempahan awal ditawarkan pada RM106 seorang untuk dewasa (harga asal RM118) dan RM86 untuk kanak-kanak serta warga emas (harga asal RM96). Tempahan awal ini sah sehingga 30 Mac 2025. Jadi, memang berbaloi untuk tempah awal sambil menikmati juadah hebat di suasana eksklusif dan damai.
Untuk tempahan, boleh terus hubungi +603 6436 9000 (samb. 7605) atau e-mel ke awanaf&[email protected].
Hidangan Set Ramadan & Aidilfitri Di Jom Makan SkyAvenue
Selain bufet, pengunjung juga boleh menikmati hidangan set yang ringkas tetapi lazat di Jom Makan SkyAvenue, terletak di Aras G, Resorts World Genting. Dari sekarang hingga 30 Mac, nikmati set Ramadan dengan nasi minyak, ayam percik, jelatah, pajeri nanas, krim karamel, dan minuman – hanya RM28 sahaja!
Untuk menyambut Aidilfitri pula, mulai 31 Mac hingga 6 April, set istimewa terdiri daripada nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, keropok ikan, krim karamel dan minuman juga ditawarkan pada harga RM28. Masa operasi bermula 12 tengah hari hingga 8:30 malam.
Kombinasi Eksklusif Nasi Ayam Gepuk & Pengat Pisang
Untuk anda yang suka menu pedas dan manis, cuba Nasi Ayam Gepuk dan Pengat Pisang yang disediakan oleh Chef Murugan Munisamy. Menu istimewa ini boleh dinikmati di Jom Makan Street Food, Aras 4 SkyAvenue dengan hanya RM28, dari sekarang hingga 2 April – setiap hari 12 tengah hari hingga 9 malam.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, Resorts World Awana benar-benar memahami kehendak pengunjung yang mahukan pengalaman berbuka puasa yang bukan sekadar makan semata-mata, tetapi satu pengalaman budaya dan tradisi yang autentik dan memikat hati. Tema bazar yang dibawa ke dalam suasana resort ini bukan sahaja menghidupkan nostalgia, malah memberi peluang kepada semua untuk merasai keindahan dan kekayaan warisan kulinari tempatan dalam suasana yang eksklusif dan selesa.
Cadangan Budiey, kalau anda memang nak ‘lari’ sekejap dari kesibukan kota dan mencari tempat yang tenang untuk berbuka dengan keluarga atau rakan-rakan, Resorts World Awana adalah pilihan tepat. Suasana nyaman, makanan enak, dan layanan terbaik – semua cukup sempurna untuk meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan menu, anda boleh layari laman rasmi mereka di rwgenting.com.