Merupakan rancangan masakan, 16 episod yang berkonsepkan travelog ini berkongsi aktiviti kembara sambil berkongsi kisah legenda / mitos sesuatu tempat, memperkenalkan produk-produk kampung, lokasi-lokasi menarik di samping memperkenalkan masakan-masakan tradisi kedua-dua buah negara, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
Perkenalkan Produk Pelancongan, Resepi Malaysia-Brunei Dalam EKSPLORASA 2 Di TV1
Pada tahun ini sebanyak lapan episod dari Brunei dan lapan episod dari Malaysia telah dibuat penggambarannya sekitar tahun ini.
Lapan buah kampung telah dipilih untuk dimuatkan di dalam program ini yang menonjolkan keistimewaan dan tarikan tersendiri yang ada di setiap kampung. Lokasi di Malaysia melibatkan lapan lokasi menarik iaitu Kampung Alai-Melaka, Kampung Mengkuang-Pulau Pinang, Kampung Pendiat-Perak, Kampung Seterpa-Kelantan, Pulau Suri-Kelantan, Tasik Kenyir-Terengganu, Teluk Ketapang-Terengganu dan Kampong Ayer Limau- Melaka.
Sementara itu lokasi menarik di Brunei meilbatkan Kampung Lugu-Katimahar, Kampung Mumong, Kampung Labu Estet, Kampung Putat, Kampung Labi, Kampung Danau, Kampung Belais/Buda-Buda dan Kampung Tanjong Maya.
Hos rancangan bagi Negara Brunei Darussalam ialah Miennan Yunos sementara dari Malaysia, Munawar Azmie.
Istimewanya rancangan ini membawa penonton untuk meneroka dengan lebih mendalam akan keistimewaan yang ada di setiap kampung selain berpeluang untuk berkongsi resepi-resepi yang sedap dan menyelerakan. Di samping itu kerjasama yang diberikan di setiap kampung yang dikunjungi memudahkan lagi proses penggambaran.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.