Pada jam 3 petang Jumaat tadi telah berlangsung majlis sidang media anjuran selebriti terkenal Didie Alias dan serentak dengan itu majlis kesyukuran majlis kesyukuran sempena kemenangan Didie Alias melawan saman di Bonda Cafe, Taman Dagang Avenue
Turut hadir pada acara itu adalah peguamnya, Azlan Abdul Razak, aktres Amyza Aznan serta anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Semasa ditemubual oleh media, pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu sepanjang setahun lalu dia berhadapan dengan pelbagai tohmahan ekoran saman sivil yang difailkan penerbit Datuk Rafiena Ezanne Ramli.
Didie, 44, berkata, gara-gara kes itu reputasinya selama tiga dekad sebagai anak seni musnah apabila ramai pihak hilang kepercayaan kepadanya tanpa mengetahui situasi sebenar.
“Sepanjang setahun lalu memang reputasi saya terjejas teruk dan usaha saya membina nama dalam bidang seni selama tiga dekad seolah-olah sia-sia.
“Ramai pihak yang hilang kepercayaan terhadap saya dan paling menyedihkan ada yang terus menjatuhkan hukum walaupun kes itu masih belum disebut di mahkamah.” – Didie Alias
Pada 2 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini menolak saman sivil Rafiena dan syarikat Dark Wave Picture terhadap Didie dengan kos RM10,000 selepas penerbit itu gagal membuktikan tuntutan-tuntutan terhadap Didie.
“Saya tidak pernah ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa selama ini. Cuma apabila kes ini berlaku, ia sudah membusukkan nama saya sebagai artis dan ibu.
“Ia juga menjadi pengajaran supaya tidak lagi membenarkan mana-mana pihak menggunakan atau memijak nama saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bekerjasama dengan mana-mana pihak,â€
Rafiena atau Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap Didie berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.
Mengimbau detik hitam itu, Didie berkata selepas berita dia disaman penerbit itu, namanya pernah digugurkan sebagai hos sebuah program sehari sebelum penggambaran dimulakan walaupun persiapan sudah dilakukan.
“Sebelum kejadian, ada produksi yang sudah menawarkan saya mengacara program televisyen selama 13 episod tetapi sehari sebelum itu nama saya digugurkan secara tiba-tiba.
“Saya sendiri tidak pasti kenapa ia berlaku. Tetapi secara jujurnya kejadian ini menjejaskan reputasi saya. Malah, orang yang membaca berita pada ketika itu pun menjatuh hukum dengan mudah apabila mengatakan saya disaman, sedangkan prosiding masih belum bermula,â€
Malah kata Didie, namanya juga sering ditolak oleh stesen televisyen untuk program atau drama tanpa diketahui puncanya. Dalam pada itu, Didie berkata, pihaknya dan Rafiena pernah cuba menyelesaikan kes itu menerusi proses mediasi sebelum perbicaraan namun gagal.
“Pernah kami bersama peguam masing-masing duduk berbincang untuk selesaikan di luar mahkamah tetapi hasilnya gagal. Pun begitu akhirnya kes ini selesai dengan baik dan apa paling penting saya dapat bersihkan nama dan reputasi saya yang terjejas.”
Sementara itu, Didie berkata, kejadian itu dijadikan pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan akan memastikan setiap projek diterimanya mempunyai kontrak agar tidak timbul sebarang masalah.
Enggan berpaling ke belakang, Didie berkata fokusnya kini adalah untuk meneruskan kariernya seperti biasa.
Perseteruan mereka berlaku selepas Rafiena memfailkan saman ke atas Didie berikutan dakwaan berlakunya perlanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.
Kes itu difailkan Rafiena di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor menerusi firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co.
Dalam tuntutannya, Rafiena menyatakan Didie sebagai bekas penerbit eksekutif sebuah rancangan travelog terbitan Dark Wave gagal menjalankan tanggungjawab menguruskan hal berkaitan penerbitan program itu sehingga plaintif mengalami kerugian.
Semoga Didie Alias tabah menghadapi dugaan.
Sumber: Mstar Online
Gambar Kredit: IG Didie Alias