in , ,

Reputasi Amelia Henderson Tercalar Dicop Sebagai Keras Kepala & Sombong

Amelia Henderson, yang merupakan seorang model dan pelakon campuran India-Scotland, sebelum ini belum pernah lagi terlibat dalam masalah besar semasa dalam dunia seni.

Berusia 28 tahun, Amelia boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti yang tidak terlibat dalam hal-hal kontroversi sepanjang ini. 

Di dalam hatinya, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, tidak pernah terbayangkan akan terlibat dalam hal-hal yang menimbulkan perdebatan dan membawanya ke mahkamah.

Tentunya, reputasi baik yang telah dipeganginya selama ini menjadi terjejas apabila dia dicop sebagai keras kepala dan sombong hanya kerana ingin mempertahankan haknya.

Walaupun dia belum pernah memulakan perbalahan, tapi beliau hanya mahu semua orang diperlakukan dengan adil.

“Bohonglah kalau kata tak rasa apa-apa bila kena panggil degil atau sombong. Tak ada manusia yang suka bila selalu dicaci, tapi saya rasa bersyukur sebab keluarga dan kawan-kawan saya lebih memahami siapa saya sebenarnya.

“Kalau dari segi pekerjaan, saya tak ambil peduli bila orang pandang saya sebagai orang yang degil atau sombong. Sebab orang sekeliling tahu siapa saya sebenarnya.”

Amelia Henderson

Amelia Henderson, seorang pelakon campuran India-Scotland, tidak pernah mencetuskan perbalahan sepanjang kerjayanya. Walaupun dilahirkan di Klang, Selangor, dia hanya mahu keadilan bagi semua pihak.

“Namun, saya rasa terkesan bila membaca komen dari netizen. Rasa sakit pasti ada, dan saya risau persepsi ini mencerminkan diri saya,”

– Amelia Henderson

Amelia mula berkecimpung dalam dunia seni sebagai model jenama barangan kanak-kanak terkemuka seawal usia 10 bulan. Dia mengatakan, jika benar dirinya mempunyai masalah, sombong, pentingkan diri, dan tidak kisah tentang perasaan orang lain, mungkin dia tidak lagi terlibat dalam lakonan.

“Bagaimana saya boleh bertahan selama 27 tahun jika saya tidak mempunyai reputasi baik. Saya masih bertahan hingga hari ini.
“Saya percaya ini kerana saya telah membina reputasi baik dengan terlibat dalam bidang seni. Saya berterima kasih kepada produksi yang masih mempercayai saya walaupun saya menghadapi cabaran,”

– Amelia Henderson

Amelia menegaskan bahawa tindakannya bukan semata-mata ikut perasaan, tetapi mendapat nasihat daripada pakar.

“Langkah saya mempertahankan nama dan kerjaya bukan disebabkan impuls. Bukan tiba-tiba bangun tidur dan ambil tindakan.

“Semuanya dibuat selepas dipertimbangkan. Saya tidak pernah berurusan dengan mahkamah dan saya tidak faham prosedur mahkamah.

“Oleh itu, saya mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang undang-undang untuk membuat keputusan yang tepat.

“Sepanjang kerjaya saya sebagai pelakon, saya tidak pernah berhadapan dengan masalah sesiapapun. Jika saya rasa tidak dapat melakonkan watak dengan baik, mengapa saya mahu menggagalkan diri sendiri.

“Bukan sahaja reputasi yang terjejas, malah ia boleh menyebabkan masalah kepada orang lain dan produksi. Jadi, inilah proses yang saya utamakan setiap kali mendapat tawaran—sama ada saya mampu melakukannya atau tidak,”

– Amelia Henderson

Amelia menyedari bahawa ramai tidak berani mengambil tindakan seperti yang dia ambil. Dia tidak mahu menghancurkan kerjayanya sendiri, terutama kerana sepanjang hidupnya sejak berusia 10 bulan, dia telah mengabdikan diri kepada kerja.

Jadi, katanya, tidak semudah itu baginya untuk mengorbankan kerjayanya selama 27 tahun.

“Saya tentunya prihatin tentang kerjaya saya. Saya tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri. Ini kerana hidup saya selama ini adalah tentang kerja.

“Keluarga saya, terutamanya ibu, telah berkorban banyak untuk menjadikan saya seorang pelakon sejak saya kecil. Jadi, saya tidak mahu membuang semuanya begitu sahaja.

“Apa yang berlaku memberi saya pengajaran dan peringatan. Saya telah menghadapi banyak perkara dan tidak pernah terfikir bahawa saya akan memanggil media untuk tujuan ini.

“Ada masa di mana saya rasa lucu memikirkan apa yang berlaku, tetapi ada masa di mana rasa trauma timbul hingga saya tidak mahu keluar rumah.

“Mungkin ini adalah takdir hidup saya. Dengan apa yang berlaku, mungkin saya akan menjadi pelakon dan usahawan yang lebih bijak.

“Ini saya kerana telah mengalami satu situasi yang tidak dialami oleh sesiapa. Setidaknya, saya faham apa yang sebenarnya terjadi,” katanya.

Walaupun berhadapan dengan cabaran yang besar, pelakon yang mula dikenali melalui drama seperti “Keluarga Adam,” “Kasut Tumit Tinggi,” dan “Keluarga Pontimau” bersyukur rezekinya tidak terjejas disebabkan kontroversi yang berlaku.

“Saya percaya rezeki datang dari Tuhan, bukan tangan manusia. Selagi saya menjadi insan yang baik dan tulus, saya yakin akhirnya akan baik,” katanya.

April lalu, Amelia diperintahkan membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada penerbit, Datuk A Aida apabila didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia pernah dipilih menjayakan filem animasi popular Amerika, Barbie In A Christmas Carol pada 2008 kerana kefasihan dirinya berbahasa Inggeris slanga British dan Amerika.

Pelakon filem Talentime dan Pisau Cukur itu pernah terbabit dengan hampir 1,000 suara latar untuk pelbagai iklan di stesen radio dan televisyen (TV).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Hantar Gambar Dalam Kualiti HD

Empat Episod Khas Majalah 3 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia