Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi
Menurut Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, purata suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh tujuh hari sejak 26 September lalu ialah sebanyak 147,147 dos.
Menerusi laporan dari Berita Harian,walaupun lebih 21 juta populasi dewasa di Malaysia bakal lengkap dos vaksin dalam tempoh lima hari lagi, pakar virologi dan epidemiologi berpandangan kerajaan perlu mengambil percaturan berhati-hati untuk membenarkan semula pergerakan rentas negeri.
“Berkemungkinan menjelang Jumaat ini kita sudah capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, tetapi saya mempunyai pandangan berbeza mengenai kebenaran rentas negeri.
“Kadar liputan vaksin tidak wajar dijadikan satu-satunya petunjuk untuk membenarkan rentas negeri, sebaliknya kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) juga perlu diambil kira.
“Berdasarkan COVIDNOW, kapasiti penggunaan ICU di seluruh negara ketika ini 65.8 peratus dengan negeri yang merekodkan kadar tertinggi Pulau Pinang iaitu 91.7 peratus.
“Bayangkan jika berlaku lonjakan kes susulan pergerakan rentas negeri, maka hospital dan ICU yang baru nak mula ‘bernafas’ akan kembali sesak dengan pesakit,”
Sumber: Berita Harian