RENTAK JUARA SUKU AKHIR 3 : SUPERFRIENDS BAKAL LAHIR 4 PEMUZIK TERBAIK
Apabila sesebuah pertandingan ini terbuka kepada kumpulan professional dan amatur, maka wujudlah persaingan antara peserta kumpulan menerusi pertandingan ini. Tambahan pula apabila band yang sudah dikenali dinilai oleh para juri professional. Adat sesuatu pertandingan, kalah atau menang keputusan tetap ditangan juri.
Minggu lepas sewaktu berlangsungnya konsert suku akhir 3 yang menampilkan 5 band yang berentap bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Rentak Juara sekali lagi telah membawa satu kelainan buat para juri professional apabila berhadapan dengan kelima-lima band yang professional dan senior dalam bidang muzik.
Superfriends dari Kuala Lumpur
Lima band akan yang bertanding menerusi konsert suku akhir 3 malam ini antaranya Sons Of Adam, Car Crash Hearts, Superfriends, Spirit C, dan Kugiran Aweera. Ternyata persaingan sengit diantara kesemua band ini amat mengagumkan malah sambutan dari para penonton memuji persembahan mereka. Manakan tidak mendapat sambutan penonton, kesemua band yang bertanding antaranya sudah dikenali dan memang ada kelab peminatnya yang sentiasa memberi sokongan. Tahniah buat kumpulan Superfriends dan Car Crash Hearts (CCH) setelah diumumkan layak ke peringkat separuh akhir Rentak Juara pada suku akhir episod ke 3 pada 15 Mei 2010, Sabtu lalu.
Kejutan buat para penonton apabila persembahan penutup dari kumpulan Kristal telah menampilkan gitaris Joe dari kumpulan Wings yang menghangatkan suasana konsert suku akhir 3 Rentak Juara. Pengacara iaitu Muaz, Pool dan Nurata turut setia menerajui pengacaraan sepanjang konsert suku akhir 3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada Sabtu lalu 15 Mei jam 8.30 malam di saluran TV2.
Sepanjang 3 minggu konsert suku akhir Rentak Juara ini berlangsung, kesemua band yang bertanding amat mengecewakan pendek kata kesemua band yang bertanding ini tidak menepati selera buat Roslan Aziz selaku juri tetap sewaktu memberi rumusan tentang keseluruhan persembahan menerusi konsert suku akhir yang telah berlangsung sehingga episode ke-3.
Tetapi, pada malam ini beliau telah melihat satu band sahaja yang mampu mencuri hati juri tersebut dan merasakan band ini harus layak memegang wang RM200 ribu iaitu Superfriends. Ternyata sewaktu alunan muzik yang dimainkan oleh band ini pada pemulaan lagu Tak Kan Ku Berundur gubahan sendiri benar-benar memukau para penonton apatah lagi Keyboardist Siti mahir melontarkan kecantikan melodi lantas mampu memikat hati ketiga-tiga juri.
Walau bagaimanapun, nama Superfriends untuk layak ke peringkat separuh akhir sudah ada dalam genggaman para juri. Setelah menerima komen positif dari Roslan Aziz tentang persembahan mereka, Superfriends yang terdiri dari 4 orang pemuzik dan 2 vokalis akur dengan komen serta nasihat yang membina walaupun ada sedikit kekurangan pada 2 orang vokalis mereka Najuib dan Syawal. Menurut Roslan lagi, Superfriends bakal menjadi superstar jika mengekalkan identiti mereka selain itu beliau percaya 4 orang pemuzik dari band ini mampu beri nafas baru dalam industri muzik tanah air.
Mengikuti tentang latar belakang Superfriends, band ini bermula dengan bermain muzik di hotel-hotel dengan line up bersama 3 vokalis dan keyboardist. Hasil kesepakatan sekumpulan ini yang mempunyai minat yang sama iaitu muzik, mereka telah menubuhkan band bernama Superfriends sekitar tahun 1999.
Kini, Superfriends terdiri daripada 6 orang ahli yang diterajui oleh Najuib (Ketua & Vokal), Syawal(Vokal), Zamri ( Gitar), Siti (Kibod), Nadzir (Bass) dan Sham (Drum). Oleh kerana mereka meminati pelbagai genre muzik, band ini akan mengetengahkan konsep â€Free-Popâ€, agar memberi peluang pemuzik bebas mempengaruhi muzik yang dimainkan.
Kumpulan Car Crash Hearts (CCH) juga tidak kurang hebat sewaktu mempersembahkan lagu bertajuk Kawan ciptaan sendiri dan Pakai Buang nyanyain Stacy. Band ini dinilai oleh juri jemputan Dato’ David Arumugam. Persembahan CCH amat bertenaga dan lagu bertajuk Pakai Buang (Stacy) juga membawa cara yang tersendiri. Mungkin bagi para penonton pemilihan lagu tersebut tidak sesuai untuk di persembahkan, namun Dato David amat berpuas hati dengan cara persembahan yang membawa imej dan konsep yang segar. Band ini memang sudah dikenali oleh para pemuzik denagn nama Car Crash Hearts (CCH) .
Car Crush Hearts
Bermula dari gigs dan konsert live anjuran beberapa stesen dan radio swasta, kumpulan Car Crash Hearts (CCH) mula mendapat perhatian dari media dan kekuatan mempengaruhi para pengikut muzik dari konsert dan gigs. CCH bukan sahaja pernah disenaraikan menerusi konsert Rock The World 9 dan Rockway 2009, band ioni juga menjadi host dalam persembahan pelbagai band muzik seperti Estraged, Pesawat, Love Me Butch, One Buck Short dan banyak lagi. CCH dianggotai oleh Alda (Bass), Collin (Vokal & Gitar), Aliff (Gitar) dan Kevin (Drum) mereka berasal dari Kuala Lumpur.
Konsert suku akhir Rentak Juara telah berlalu sebayak 3 episod setiap minggu. Pada minggu yang pertama iaitu pada 1 Mei 2010 dimana suku akhir 1 telah memilih 2 band yang layak ke peringkat separuh akhir iaitu The Fingers dan Silversound, untuk episode 2 pula, iaitu suku akhir 2 pada 8 Mei 2010 telah melayakkan kumpulan Puterasari dan Bintang, manakala bagi episode 3 minngu lepas iaitu pada 15 Mei 2010 keputusan juri telah menggumukan kumpulan Superfriends dan Car Crash Heart menerusi konsert suku akhir 3 seterusnya mengumukan kumpulan Razor yang layak meneruskan konsert keperingkat suku akhir SMS menerusi undian penonton.
Saksikan konsert Suku Akhir 4 Rentak Juara dan ikuti bagaimana nasib mereka bersaing dalam persembahan pada malam ini Sabtu, 22 Mei 2010, jam 3.30 petang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2. Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;
• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010)
Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional. Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.
Bagi mengundi 5 lagi kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir pada minggu ini (Suku Akhir 3), undian boleh dilakukan dengan cara menaip SMS iaitu taip RJ Kod Kumpulan dan hantar SMS ke nombor 32776.
Tiga kumpulan yang gagal akan diundi dengan cara menaip Kod Kumpulan masing-masing iaitu Kugiran Aweera kod WEERA, Spirit C kod SPIRIT, Sons Of Adam kod ADAM. Undian SMS minggu ini akan ditutup pada hari Jumaat sebelum dan tepat pada waktu 4.00 petang.
Spirit C dari Melaka
Sons of Adam dari Kuala Lumpur
Kugiran Aweera dari Kuala Lumpur