RENTAK JUARA SUKU AKHIR 2 : TEMA LAGU FILEM BUAT LIMA KUMPULAN PESERTA BERTANDING MINGGU INI
Setelah dua kumpulan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, kini lima lagi kumpulan peserta akan berentap dalam konsert Suku Akhir 2 Rentak Juara pada 8 Mei 2010 hari Sabtu disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.30 malam di sarluran TV2.
Lima kumpulan bakal bersaing dalam Suku Akhir 2 iaitu kumpulan Razor, The Crown, Mistaken, Putrasari dan Bintang. Pertandingan minggu ini betemakan lagu filem menjadi pilihan buat kelima-lima kumpulan peserta dalam konsert malam ini dan seperti biasa menampilkan 3 orang pengacara unggul iaitu Muaz, Pool dan Nurata.
Bertemakan lagu dari filem tempatan, kesemua 5 kumpulan ini bakal mempersembahkan 1 lagu tema filem dan 1 lagu ciptaan sendiri atau lagu pilihan dari muzik tempatan.
Kumpulan Razor akan mempersembahakan lagu yang pertama bertajuk Kekasih Awal & Akhir nyanyian Jamal Abdillah dan Ku Tahu lagu ciptaan sendiri.
Kumpulan The Crown akan mempersembahkan lagu bertajuk Diari Habil & Qabil nyanyian Kumpulan Search serta lagu Rupa Tanpa Wajah nyanyian Kumpulan Kembara.
Manakala Kumpulan Mistaken akan menyanyikan lagu Salam Terakhir nyanyian dari Allahyarham Sudirman dan lagu dari filem Ali Baba Bujang Lapok nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Puterasari akan mempersembahkan lagu bertajuk Ranggi Metropolis dari kumpulan Wings serta lagu Pelangi Petang dari Allahyarham Sudirman.
Kumpulan Bintang pula mendendangkan lagu ciptaan sendiri bertajuk Hadir dan lagu filem mereka pula bertajuk Marabahaya dari Pop Shuvit.
Razor terdiri dari 5 orang ahli yang berasal dari Kuala Lumpur. Salah seorang ahli mereka merupakan bekas penyanyi kumpulan Project Pistol iaitu Moq dan pernah menganggotai kumpulan Search sewaktu ketika dahulu.
Kumpulan The Crown berasal dari Johor Bharu dan terdiri dari 5 orang ahli. Selain meminati muzik heavy metal, Rock dan Indie, mereka juga mampu mencipta lagu dan pernah membuat persembahan di konsert.
Bercita – cita untuk bergelar juara pada pertandingan Rentak Juara tahun ini, kumpulan Mistaken yang berasal dari Johor Bharu ini pernah menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Namun kali ini, mereka tetap tidak akan berputus asa untuk menjadi peserta Rentak Juara.
Pernah menjadi finalis dan menjuarai kumpulan paling popular sewaktu Pertandingan Akhir Rentak Juara pada tahun 2004 kumpulan yang diberi nama Bintang terdiri dari 6 orang ahli termasuk seorang ahli wanita. Memiliki pengalaman membuat persembahan di konsert serta pertandingan Battle Of The Band, salah seorang ahli kumpulan ini merupakan penyanyi dan komposer secara sambilan. Adakah tahun ini kumpulan Bintang bakal dilahirkan semula menjadi â€Bintang†dalam Pertandingan Rentak Juara 2010 ? Mari kita saksikan nasib mereka menerusi konsert Suku Akhir 2 malam ini.
Kumpulan Putrasari pula berasal dari Seremban Negeri Sembilan. Enam orang ahli yang masih muda tapi amat berbakat dalam bidang muzik. Mereka antaranya masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan bekerja sambilan. Mereka bercita – cita untuk menjadi sebuah band muzik yang mampu mencipta nama di persada industri seni tanah air bukan atas dasar populariti tetapi mahu menjadikan band yang berilmu dan disegani.
Konsert Suku Akhir 2 Rentak Juara malam ini akan menampilkan persembahan dari artis jemputan iaitu Anna Rafalli & The Marhaens bakal menghanyatkan suasana pada pertandingan Rentak Juara dalam episod 2 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana di saluran TV2.
Kejutan buat peminat lagu indonesia iaitu Harvey Malaiholo penyanyi veteran berasal dari Indonesia yang popular sekitar tahun 1970-an dengan pelbagai irama lagu Jazz, Balada dan Pop.Seawal kemunculan beliau namanya sedang melonjak seangkatan dengan Broery Marantika, Mergie Segers, Trio Bimbo, Dedy Damhudi dan Anna Mantovani. Ia lebih popular dan dikenali menerusi The Big Five di kalangan pemuzik dan karyawan Indonesia.
Saksikan konsert Suku Akhir 2 Rentak Juara dan ikuti bagaimana nasib mereka bersaing dalam persembahan pada malam ini Sabtu, 8 Mei 2010, jam 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2. Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;
• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010).
Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional. Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.
Puterasari
The Crown
Mistaken
Razor
Bintang