in

Rentak Juara: Persembahan Enava Mengkagumkan

RENTAK JUARA SUKU AKHIR 5 : ROSLAN KAGUM DENGAN PERSEMBAHAN ENAVA

Siapa sangka band muzik yang sudah sinonim dengan lagu Modern Rock, Pop dan RNB mampu membuat persembahan yang bertemakan Lagenda Seniman Agung P.Ramlee pada malam konsert suku akhir ke 5 Rentak Juara yang diadakan pada 29 Mei 2010, Sabtu lalu. Enava berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Rentak Juara apabila persembahan mereka telah memukau para penonton seterusnya menarik perhatian juri untuk memilih Enava melayakkan diri ke Separuh Akhir.

Bukan calang-calang band, inilah band yang saya mahukan selepas lima minggu saya menjadi juri untuk konsert Rentak Juara tahun ini, itu antara ulasan dari Roslan Aziz selaku juri tetap buat kumpulan Enava pada konsert suku akhir 5 Rentak Juara. Pada episode ke-5 konsert suku akhir Rentak Juara menampilkan lima lagi band yang dipertandingkan antaranya Symbolic, Yudisthira, Run-Now, Enava dan Project 2000.

Mahu menimba pengalaman baru dan menjadikan band muzik versetile, band yang diberi nama Enava berasal dari Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 2005 dianggotai oleh LG (Vokalis),Along (Bass),Ziyo (Gitaris & Keybod),Oja(Gitar),Man Kanan (Drum), E-Pun (Bass) dan Joey (Keybod).

Nama Enava diambil dari nama sejenis makanan dari Sabah. Band ini memilih Universal Progresif Rock sebagai genre muzik dan meminati band Toto, Dream Teathere, Deep Purple dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai idoa mereka.

Pada keseluruhannya malam ini beliau amat berpuas hati dengan persembahan kesemua band namun ada beberapa band yang perlu memperbaiki kelemahan dari segi penyusunan muzik seperti gitaris dan drummer.

Walaubagaimanapun beliau juga kagum dengan semanagt dan usaha kesemua band yang bertanding dalam konsert suku akhir Rentak Juara dan setiap band yang bertanding menunjukkan persembahan yang mantap dan keyakinan yang tinggi. Itu antara kata-kata ikhlas dari Roslan yang kagum dengan komitmen setiap band yang bertanding malam ini begitu juga pada minggu yang sebelumnya.

Nampaknya Pertandingan Rentak Juara mula mendapat perhatian ramai terutama pada para peminat band muzik. Minggu hadapan, kita bakal menyaksikan lima lagi peserta kumpulan terakhir beraksi dalam konsert suku akhir ke-6 pada 5 Mei 2010 dan seperti biasa akan bersiaran mulai jam 8.30 malam secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri di saluran TV2.

Kesemua band telah melakukan persembahan yang baik namun hanya hanya terbaik sahaja yang layak ke peringkat seterusnya.

Tahniah buat Enava dan Yudisthira yang telah berjaya menamat hati juri Roslan sehingga berdiri menghadiahkan tepukan syabas buat kumpulan Enava yang mempersembahkan lagu Medley P.Ramlee bertajuk Do Re Mi, Hai Obat dan Sua Sue Kemoneng dan lagu kedua bertajuk Munajat. Ternyata kedua-dua lagu yang dipersembahkan memberi kelainan dalam persembahan pada malam konsert minggu ke-5 ini.

Yudisthira juga tidak kurang hebatnya sewaktu membawa lagu bertajuk Getaran Jiwa serta lagu kedua yang bertajuk Tahu Tak Tahu Joget hasil gubahan sendiri. Komen positif turut diberi dari Dato’ David Arumugam yang merupakan juri jemputan malam tersebut. Selain persembahan yang bagus sususnan muzik juga baik, kata Dato David kepada kumpulan Yudisthira yang dianggotai oleh tujuh orang pemuzik muda yang masing-masing merupakan pelajar dari tahun 3 di ASWARA.

Konsert yang dihiburkan oleh persembahan dari kumpulan Spider pada pembukaan sebelum kelima-lima band membuat persembahan mereka menerusi suku akhir 5. Bersama 3 orang pengacara iaitu Muaz,Pool dan Nurata kali ini bergaya dengan konsep Lagenda P.Ramlee dan mereka telah mengumumkan keputusan SMS minggu lepas yang telah berjaya masuk ke peringkat separuh akhir SMS Rentak Juara. Tahniah buat kumpulan Brownees kerana berjaya masuk semula untuk bertanding ke peringkat suku akhir SMS dengan mengumpul jumlah undian SMS sebanyak 53.34 peratus.

Pada konsert minggu lepas iaitu suku akhir 4, kita dapat saksikan persembahan mantap dari kumpulan Anthem dan Enicmatic – 6 (E-6) dengan persembahan mereka bertemakan komedi.Tahniah juga buat kedua kumpulan ini kerana layak bertanding ke peringkat separuh akhir nanti.

Saksikan konsert terakhir menerusi Suku Akhir 6 Rentak Juara dan ikuti bagaimana nasib lima kumpulan lagi Alternature,D’Rough Mixer, HB Four Six, Reversehead dan X-Treme bersaing dalam persembahan pada petang Sabtu ini, bersiaran secara langsung pada 5 Mei 2010, jam 8.30 malam menerusi saluran TV2. Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;

• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010).

Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional. Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.

Untuk mengundi 3 lagi kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir pada minggu ini (Suku Akhir 4), undian boleh dilakukan dengan cara menaip SMS iaitu taip RJ Kod Kumpulan dan hantar SMS ke nombor 32776 dengan cara menaip Kod Kumpulan masing-masing iaitu Symbolic Kod bolic, Run-Now Kod run, Project 2000 Kod Pro.Undian SMS minggu ini akan ditutup pada hari Jumaat sebelum dan tepat pada waktu 4.00 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Gives Away RM10,000 Everyday

Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara