Bukan sahaja ia berjaya menutup tirai acara 2022 dengan penuh bergaya, malah inisiatif dari tiga kumpulan tarian paling prominen di negara ini iaitu, Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation dan DiDance secara kolektif dan juga dengan gaya tersendiri telah membuktikan bahawa persembahan berbentuk budaya masih relevan di hati rakyat Malaysia, dan mampu menongkah arus masa dan teknologi yang bergerak pantas.
Selama tiga malam berturut-turut yang menyaksikan audiens yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, para penari dari tiga kumpulan tersebut telah mempersembahakan enam koreografi tarian di bawah pengarah artistik tersohor iaitu Anthony Meh & Aman Yap (Dua Space), Datuk Ramli Ibrahim (Sutra Foundation) dan Zaridah Abdul Mallik (DiDance).
Disokong oleh program ArtsFAS dan Yayasan Hasanah, Rentak Bumi 2.0, idea untuk mementaskan Rentak Bumi 2.0 lahir hasil kejayaan video tarian Rentak Bumi tatkala dunia dilanda pendemik yang setakat ini berjaya mencapai hampir sejuta penonton di platform YouTube. Ini seterusnya telah memberikan inspirasi kepada pengarah-pengarah artistik tersebut untuk mentransformasikan persembahan tarian itu dari bentuk video ke pementasan fizikal yang boleh ditonton secara langsung.
Menurut Aman Yap dari Dua Space, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Sutra dan DiDance yang mempunyai reputasi besar bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia. Bagi pihak produksi Rentak Bumi 2.0, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan teruskan sokongan anda buat kami bagi acara-acara yang akan datang. Sesungguhnya seni dan budaya adalah jiwa negara ini dan amat penting untuk kita semua terus memelihara dan menyayanginyaâ€.
Hari ketiga Rentak Bumi 2.0 juga menampilkan program istimewa iaitu sebuah ceramah berserta demonstrasi yang dinamakan – ‘Behind the Making of Rentak Bumi’atau ‘Di belakang Tabir Pembikinan Rentak Bumi’ – sebagai usaha mendekatkan diri industri seni dengan pelajar-pelajar seni persembahan di Malaysia. Ia berjaya memberikan penerangan lebih mendalam tentang apa yang terjadi di sebalik tabir sesebuah pementasan samada tarian, teater dan lain-lain lagi demi memastikan kejayaan produksi tersebut.
Datuk Ramli Ibrahim, dari Sutra Foundation, turut menjelaskan, “Kami berharap sesi ceramah serta demonstrasi ini akan menjadi amalan kepada setiap produksi kerana ianya dapat memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk melibatkan diri secara serius di dalam industri seni dan budaya Malaysia. Rentak Bumi adalah sebuah kisah Malaysia dan kebanggaan rakyatnya yang berbilang kaum. Mesej perpaduan di dalam pementasan ini amat kuat dan saya percaya inilah yang membuatkan ianya begitu rapat dengan jiwa penonton. Terima kasih buat ArtsFAS dan Yayasan Hasanah yang membantu serta memberikan ruang kepada kami untuk terus berkaryaâ€.
Dua Space Dance Theatre
Dua Space Dance Theatre is a full time professional contemporary dance company established in 1998 under the direction of Anthony Meh and Aman Yap. ‘Dua Space’ brings the meaning of sharing and interaction.
Dua Space focuses on creating dance productions to be showcased locally and internationally. Since then, the company has created various productions, such as ‘TWO’, ‘Scream-A Response to Munch’, ‘The Legend of Hou Yi and Chang Er’, ‘Anak Malaysia’, ‘Black & White@VARIATION’, ‘DEN’, ‘Ancient Inscriptions’, ‘The Tree’, ‘MW-Men and Women Seeking for Love’, ‘The Lotus Sutra’ and many more, ranging from ethnic dance to contemporary dance forms. The company had performed in China, Korea, Japan, Hong Kong, Singapore, Taiwan, Pakistan, Indonesia, London, Philippines, India, Spain, and South American countries including Peru, Chile, Argentina and Paraguay, bringing Malaysian performing arts to the international performing arts scene. In year of 2018, Dua Space Dance Theatre collaborated with Hong Kong City Contemporary Dance Company (CCDC) at Istana Budaya with the title of “AMIDST THE WINDâ€.
DiDance
DiDance was incorporated in 1996 by Zaridah Abdul Mallik primarily as a centre dedicated to preserving the traditional Malay art forms especially in dance and music. One of the objectives of DiDance is to promote public awareness of both traditional and classical court dances and music through establishing it as a dynamic centre of performing arts by imparting training in the traditional, classical and contemporary techniques. Dancers of DiDance are groomed to honour and maintain the spirit of traditional Malay dance and music alive. The performing group has received national and international acclaim for their excellent and innovative dance presentations.
Sutra Foundation
A bastion of traditional and contemporary arts, the Sutra Foundation is bequeathed to Malaysia by one of its most celebrated sons, YBhg. Datuk Ramli Ibrahim. Sutra Foundation carries into the future the thread of his vision and contribution to the Malaysian arts scene. The Foundation strives to develop the breadth and depth of Malaysian performing and visual arts through stimulating the creative spirit of crosscultural Malaysia. Various cultures come together here to forge a unique ‘sutra’ bond that fosters a universal yet distinctively Malaysian interpretation of the arts.