Terima kasih kepada tuan punya restoran tersebut iaitu Safnida Afiza Sanusi yang sudi menjemput Budiey makan-makan di sana dan mencuba RENDNAG DAGING DENDENG PERAK. Selepas mencuba makan bersama dengan nasi, ternyata produk ni sangat sedap. Sungguh menyelerakan. Tak hairanlah kalau ianya sangat laris dan diperkatakan ramai pengguna yang telah pun mencubanya.
Dagingnya sangat lembut. Kalau korang pakai braces pun jangan takut kalau nak makan daging ni sebab ianya selesa. Sekali makan, pasti korang akan repeat order. Ia adalah resepi dari Istana Kuala Kangsar yang dipelajari dari tukang masak Istana.
Dengan olahan melalui teknologi tinggi yang membolehkan ia tahan lebih 2 tahun pada suhu bilik tanpa disimpan dalam peti beku. Ia juga dibuat tanpa bahan pengawet dan juga pewarna. Kepada yang nak beli boleh hubungi IG rendangdendengrumpun dan @rumpunselera. Tonton video penuh di saluran Youtube Budiey Channel.