Sekali-sekala tengok gambar Remy Ishak dengan berpakaian koboi memang menggerunkan jugak. Memang sesuai sangat kalau diberi watak seorang koboi. Betullah orang kata, Remy Ishak ni muka dia sangat macho dan maskulin. Tapi berapa kerat filem kita nak tawar watak jadi koboi untuk Remy Ishak. Tak banyak kan?
Cuma setakat ini, ada satu je filem yang menawarkan keganasan Remy Ishak… tak lain dan tak bukan filem DUHAI SI PARI-PARI. Remy Ishak bawa watak seorang lelaki jahat bernama Budi. Nama aje Budi tapi tak berbudi langsung! Huhu, macam pernah dengar aje ayat ni kan. Tapi betul, korang boleh tengok watak Remy yang jahat dalam filem ni betul-betul ganas. Budiey pun takut nak tengok bila dia cuba buat kelakuan tak senonoh dan bersepakat dengan Mala lakonan Nabila Huda.
Jangan kat luar Remy Ishak ganas macam dalam filem Duhai Si Pari-Pari sudahlah ya.