in , ,

Remy Ishak Selamat Bernikah, Kini Bergelar Suami Kepada Ezza Yusof

Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur. Tahniah Remy!

Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah.

Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar. Pasangan ini turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat “Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua.

Majlis telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19. Terdahulu Remy Ishak telah membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya.

REMY ISHAK NIKAH
REMY ISHAK NIKAH
REMY ISHAK NIKAH
REMY ISHAK NIKAH

Foto Kredit: @riseandwin.asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Remy Ishak Sebelum Dinikahkan dengan Ezza Yusuf

Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan