in ,

Remy Ishak Putus Tunang Kerana Konflik Dalaman Diri

Aktor Remy Ishak mengesahkan ikatan pertunangan dengan Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza Yusof yang terjalin selama dua tahun, putus, kira-kira sebulan lalu.

Mengaku timbul krisis, Remy, 36, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga dalam hubungan mereka. Remy Ishak ditemui media di majlis perlantikan dirinya sebagai duta minuman Origina di Hotel Milenium, hari ini.

“Hubungan kami putus bukan disebabkan ada orang ketiga. Kesian Mira, tak pasal-pasal nama dia dikaitkan,”

– Remy Ishak
Remy-Ishak-13

“Benar (sudah putus tunang)… Tidak adil untuk terus tangguh perkahwinan kerana belum ada hala tuju hubungan ini. Bukan salah Ezza, dia insan baik. Sebaliknya, isu timbul daripada konflik dalaman saya.

“Tempoh pertunangan dua tahun membuatkan saya sedar diri ini belum bersedia untuk menjadi suami. Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum memegang peranan sebagai ketua keluarga.

“Saya harus memikirkan mengenai Ezza kerana hubungan ini bukan membabitkan saya saja.

“Tempoh bertenang diperlukan untuk memperbaiki diri dan sebagainya, cuma kedua-dua belah keluarga sudah dimaklumkan,”

Remy Ishak

Saya dah putus tunang tapi kami masih berkawan baik,”

– Remy Ishak

Remy bagaimanapun tidak menolak jodoh jika ditakdirkan hubungan dengan Ezza kembali bertaut.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan yang sudah berakhir, Remy enggan membuka mulut terutama mengenai urusan pemulangan cincin pertunangan. Remy menegaskan, ia terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum.

“Banyak hati yang perlu dijaga… Saya memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu mengguriskan hati mana-mana pihak dengan kenyataan yang diberi.

“Biarpun tiada jodoh untuk berkongsi hidup bersama, kami masih bekerjasama menjalankan perniagaan bersama. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya,”

Kami sekarang dalam tempoh bertenang dan kalau ada jodoh kami bersama semula, saya bersedia menerimanya.

– Remy Ishak

Remy yang mencipta nama menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengikat tali pertunangan bersama Ezza pada Mei 2017.

Status Remy dan Ezza mencetuskan tanda tanya sejak tahun lalu. Namun, tindakan Remy berkongsi video secara langsung yang mendedahkan dirinya solo di Instagram, baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan spekulasi itu.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama LEFTENAN ZANA Raih 25.5 Juta Penonton di TV & Youtube

Kaer Padam Gambar Lama, Buka Instagram dengan Nama Baru