Budiey masih ingat sewaktu hadir di Majlis Pelancaran Album Soundtrack filem 29 Februari, pelakon Remy Ishak mengadu kat Budiey dia sakit mata dan terpaksa pakai kaca mata hitam. Siap dia merayu jangan war-warkan kat blog. Tapi pada hari Isnin lepas, semua orang dah tahu yang Remy telah dimasukkan ke hospital.
Macam-macam yang melanda Remy ni. Kalau anda masih ingat, beberapa minggu lalu, Remy telah cedera di dahi semasa pengambaran sebuah filem.
Budiey ada membaca kisah Remy Ishak masuk hospiral ni di Mstar Online. Katanya, gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.
“Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang. Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat. Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah,”
Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.
Bagaimanapun tambah Remy, penyakit itu perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.
“Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit. Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik,” ujarnya.
Beritahu Remy lagi, dia juga sedikit ralat apabila gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang diadakan pada Rabu lalu serta beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad.
Sementara itu, ditanya mengenai status Twitter Remy yang merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh kekasihnya, Tiz Zaqyah,ketika dia terlantar sakit, pelakon itu enggan memberi komen tentang hal berkenaan.
“Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen,” ujarnya.
Budiey doakan semoga Remy Ishak cepat sembuh.