in ,

Remy Ishak Kemurungan Gara-Gara PKP, Kini Rehat Di Kampung

Selepas tiga bulan tinggal bersendirian di Kuala Lumpur hingga menyebabkan dirinya kemurungan, pelakon popular Remy Ishak, 38, kini sudah berada di kampungnya di Melaka.

Pengurusnya, Azlin Abas ketika dihubungi memaklumkan, Remy pulang ke kampung bertemu ibu dan keluarganya sejak Ahad lalu dan memohon kebenaran pihak berkuasa menerusi surat dikeluarkan doktor yang merawatnya.

Pelakon drama bersiri Bukan Gadis Biasa di samping Ayda Jebat itu dinasihatkan doktor supaya tidak tinggal bersendirian kerana dibimbangi gangguan emosi dan mental dialaminya lebih buruk.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro menghubungi Remy tidak berjaya apabila Azlin menaklumkan pelakon popular itu tidak sihat. 

“Minta maaf, Remy dimaklumkan oleh adiknya tidak sihat selepas  dia balik dari bandar hari ini. Sudah tiga bulan dia tak bertemu keluarga di kampung. Itulah yang dia jadi rindu sangat. Malah, dia nak kerja pun tak boleh sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”

– Remy Ishak

Terdahulu, Remy mengaku dia mengalami kemurungan hingga perlu mendapatkan nasihat daripada doktor.

Dalam masa sama, Remy berasa tidak ada apa yang hendak disorok mengenai kemurungan dialaminya kerana lebih bagus dikongsi untuk panduan masyarakat kerana disyaki ramai mengalami masalah itu sejak PKP dikuatkuasa.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najdi Keluar Grup, UNIC Kembali Tinggal Berdua

BLACKPINK Umum Lancar Single Terbaru 26 Jun Ini