in ,

Remy Ishak Duta Produk Transformasi DASHING

DASHING : Kemuncak Keyakinan

Gambaran umum tentang jejaka “sejati dan tampan” berubah seiring dengan peredaran masa. Generasi muda kini melihat lelaki “Sejati dan tampan” sebagai seorang lelaki yang tidak gentar akan cabaran, bertenaga dan sentiasa aktif. Keberanian dan keyakinannya bukan sahaja dikagumi para teman malahan memikat hati wanita, ianya juga merupakan kunci kejayaan.

Menyedari perubahan ini, DASHING ingin menjadi inspirasi kepada para jejaka dalam mencari keyakinan diri untuk mencapai cita –cita dan memberikan anjakan di dalam setiap dimensi hidup mereka.

Mr Kumar Chander and Remy Ishak withDASHING FOR MEN

Selama lebih dari 20 tahun, DASHING merupakan salah satu jenama utama dalam memasarkan produk penata gayaan diri lelaki. Kedudukannya yang kukuh di dalam pasaran,telah membuatkan DASHING mempunyai ramai peminat serta pengguna setia yang sentiasa yakin kepada rangkaian produk keluaran mereka.

DASHING menyemarakan keyakinan, kelelakian dan daya tarikan si jejaka dengan rangkaian deodoran, talkum dan minyak wangi beformulasi serta berwajah baru. Kelelakian diserlahkan dengan empat variasi haruman yang memukau iaitu Speed, Style, Cool dan Active. Rangkaian produknya merangkumi deodoran semburan, deodoran bebola dan deodoran stik yang memberikan perlindungan 24 jam dengan haruman yang berpanjangan untuk memberikan kesegaran serta keyakinan sepanjang hari.

Dashing Product Range

“Kehadiran Dashing dengan wajah baru adalah sejajar dengan perubahan industri. Dashing kini adalah sebuah jenama yang memberikan keyakinan, menyerlahkan kelelakian dan kesegaran. Kami ingin menjadi sebuah jenama yang relevan kepada semua jejaka di luar sana, bukan sahaja kepada pengguna semasa, malahan juga generasi muda yang menjadi inspirasi kami” jelas Encik Kumar Chander, Pengarah Urusan Unza (M) Sdn Bhd.

Transformasi DASHING dilengkapi dengan kehadiran duta produk mereka, pelakon tempatan berbakat besar, Remy Ishak. Keyakinan, karisma dan kesungguhan Remy sebagai seorang anak seni adalah definisi kepada jenama DASHING dan menjadi inspirasi kepada para jejaka di luar sana.

Seiring dengan pelancaran wajah dan duta barunya, DASHING akan menemui para peminatnya di lokasi – lokasi terpilih dengan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menyeronokan malah menguji kerecaman minda, ketangkasan dan keberanian.

Mr Kumar Chander unveiling the Dashing Man

Rangakaian produk DASHING berwajah baru hadir dengan empat variasi haruman:

Active
Stay Active! Stay Confidence!

Serlahkan keyakinan dan terus aktif dengan wangian lelaki yang hebat ini. Ia diperkuat dengan haruman fougere moden serta kombinasi citrus, lavender, muguet heart dan berlatarkan amber. Wangian ini menyemarakan aura keyakinan dan kekentalan untuk kekal aktif.

Speed
Stay Energetic! Stay Confidence!

Sahut cabaran dengan penuh keyakinan dan serlahkan kelelakian dengan wangian unik ini. Kombinasi fougere klasik serta aroma kontemporari nota sitrus, kayuan serta musky, memberikan anda keyakinan mengorak langkah melaksanakan rencana seharian.

Cool
Stay Cool! Stay Confident!
Cool adalah haruman yang melambangkan ketenangan ,keyakinan dan lelaki yang berkeperibadian tinggi. Ia merangkumi kombinasi lembut haruman Mawar, Jasmin, Mimosa serta Galbanum. Tidak ketinggalan nota ceria Bergamot, Amber dan Musk dengan nota asas haruman kayuan yang menyerlahkan aura “lelaki” mu.

Style
Stay Stylish! Stay Confident!

Serlahkan personaliti dengan wangian penuh gaya ini. Dihasilkan dengan nota kayuan serta sedikit adunan herba, ia dipadukan dengan sentuhan nota sitrus untuk menyerlahkan aura sensual dan sofistikated mu yang pasti memukau.

Empat Variasi tersebut boleh didapati di dalam rangkaian pewangi Eau De Toilette 100 ml – RM22.90, deodorant semburan badan 125 ml – RM9.60, Deodoran bebola 50 ml – RM7.30, Deodoran Stick 50 g – RM5.40, Deodoran bebola anti – peluh 40 ml – RM6.30, dan Talkum 100 g – RM5.10 & 150 g – RM6.60.

Rangakaian produk DASHING berwajah baru kini boleh didapati di pasaraya utama dan farmasi di seluruh Malaysia.

Keeping him fresh and confidence all day long - Remy poses with Dashing for Men

Dashing Active Eau De Toilette

Dashing Active Eau De Toilette, Body Spray & Roll-On Deodorant

Remy Ishak the new brand ambassador for DASHING FOR MEN (Custom)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Lancar Album EP Yang Pertama

Muzikal Thithikum Thai Ponggal di TV2