in ,

Rekaan Baju Raya Kasyaf Classic Hatta Dolmat

Rekaan Baju Raya Kasyaf Classic Hatta Dolmat

Siapa yang tak kenal dengan nama Hatta Dolmat, seorang pereka muda berbakat besar yang pernah memenangi anugerah Pemenang Puala Jarum Berlian 2005, Anugerah Anak Warisan – Tokoh Belia 2009 dan banyak lagi. Kalau anda masih ingat, nama Hatta Dolmat adalah pereka pertama yang Budiey tampil dalam profile pereka seawal tahun 2007 lalu. Anda boleh bacanya di SINI.

Pada 26 Mei yang lalu, Budiey telah dijemput sekali lagi oleh 5Tars di mana Hatta Dolmat adalah salah seorang ahli grup pereka muda yang bersahabat baik ini. Berlangsung di Menara Kuala Lumpur, pertunjukan fesyen bertemakan raya oleh 5Tars dihadiri oleh ramai juga selebriti yang turut memperagakan fesyen raya. Walaupun hari raya tahun ini masih lambat lagi, namun pereka-pereka ini rata-ratanya begitu teruja dengan rekaan terbaru mereka.

TEMUBUAL BUDIEY BERSAMA HATTA DOLMAT

Sekali lagi, Hatta Dolmat mempersembahkan 9 rekaan baju raya yang bertemakan Kasyaf Classic. Kalau korang masih ingat pada tahun lepas, Hatta Dolmat pernah memperkenalkan rekaan bertemakan Kasyaf yang diinspirasikan dari kaftan, busana muslimah dengan nafas yang lebih segar dan moden, sila lihat entri INI.

Namun, untuk kali ini Hatta Dolmat mahu kembali kepada basic iaitu baju kurung yang menjadi lambang kepada budaya Melayu sejak dulu. Kurung pula boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Namun, untuk raya tahun ini, rekaan Hatta Dolmat disuntik pula dengan elemen Klasik. Silhouette: femine classic cut. Hatta menggunakan fabrik moden untuk menjadikan rekaan kali ini lebih menyerlah seperti fabrik klasik seperti brocade, lace, net, chiffon dan banyak lagi. Ini menjadikan rekaan nampak mewah. Untuk hues pula, Hatta menggunaka pastel pallets seperti duch peach, turquoise, grey, mood of classic (light gold, black dan royal blue. Ini sesuai dengan wanita yang suka dengan rekaan elegan yang menghargai gaya moden yang klasik.

Keseluruhannya Budiey lihat, rekaan yang diinspirasikan dari baju kurung tradisional ini memang sesuai untuk wanita-wanita di luar sana. Fesyennya begitu sederhana tapi masih nampak nilai ketimuran yang sememangnya menjadi teras pada rekaan kali ini. Kepada anda yang ingin menempah, bolehlah menghubungi Hatta Dolmat atau kunjungi butik Hatta Dolmat di A22, Jalan Plumbum, P7/P Pusat Komersial, Section 7, Shah Alam. Kunjungi juga blog Hatta Dolmat: hdbyhattadolmat.Blogspot.com

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Maharaja Lawak Minggu 9 Kumpulan Jozan

Bil U Mobile Kini Boleh Dibayar di Pos Malaysia