Red’s Got Talents Showcase
Ingin menjadikan sambutan ulangtahun Red Communication yang ke -12 bertambah hebat? Sudah tentu anda boleh! Kami dengan sukacitanya ingin menjemput anda untuk mempamerkan bakat anda dalam Red’s Got Talent Showcase! Takut? Jangan risau kerana ia bukanlah suatu pertandingan tetapi hanyalah satu peluang untuk anda menunjukkan bakat terpendam kepada dunia!

Berani menyahut cabaran? Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
1. Layari laman Facebook (www.facebook.com/redhousetalents) dan klik butang ‘Like’
2. Follow kami di Twitter (@redhousetalents)
3. Emelkan video atau pautan youtube persembahan anda (Ia boleh jadi APA SAHAJA!) kepada [email protected] beserta dengan nama, nombor telefon dan alamat emel
4. Pastikan rkan-rakan dan keluarga anda ‘Like’ video anda di laman Facebook Red House Talents! Persembahan yang dipilih untuk menyertai
showcase adalah berdasarkan bilangan undi tertinggi!
5. Berdoa dan tunggu panggilan dari kami!
Dengan 5 langkah mudah ini, cita-cita untuk menjadi seorang bintang mungkin dalam jangkauan anda! Masa dan tempat adalah seperti berikut:
Tarikh: 8th September 2012 Masa: 6petang hingga 8malam Tempat: Publika Open Theatre
10 video paling memukau dengan jumlah ‘Like’ tertinggi akan berpeluang untuk menunjukkan bakat… secara LIVE bukan sahaja kepada penonton malah kepada pencari-pencari bakat baru dalam indurtri hiburan Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi? Hantarkan video persembahan anda sebelum 1 September 2012 dan bersedia untuk menjadi bintang!