airasia Super App menandakan satu lagi kejayaan hari ini melalui pelancaran stesen radio digital RedRadio, dengan kerjasama Astro Radio. RedRadio bakal mempromosikan pilihan muzik dan budaya yang kaya dan pelbagai dari seluruh Asean dan tersedia untuk distrim di airasia Super App dan aplikasi SYOK.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pengguna juga boleh mengakses 11 stesen radio Astro Radio di airasia Super App melalui ikon ‘Listen’ untuk mendengar pelbagai jenis muzik dari seluruh dunia.
RedRadio Oleh Airasia Super App Serlahkan Muzik Dan Budaya Asean Yang Terbaik
Para pendengar juga boleh menantikan kerjasama antara RedRadio dan pemain industri veteran untuk pilihan kandungan dan platform penyiaran yang lebih luas di samping dapat mendengar muzik terkini daripada artis serantau yang semakin popular. Selain RedRadio, pengguna airasia Super App juga digalakkan untuk melihat tawaran gaya hidup dan teknologi kewangan lain di aplikasi tersebut, seperti airasia food, airasia ride dan banyak lagi.
Sejajar dengan DNA airasia yang mementingkan masyarakat, tempat dan minat, RedRadio akan dimulakan dengan Allstars yang bakal berkongsi pengalaman mereka sambil meneroka kepelbagaian juadah, budaya, destinasi, muzik dan topik-topik lain yang dekat di hati masyarakat di rantau ini.
Rudy Khaw, Ketua Pegawai Jenama airasia Super App berkata: “Kami teruja untuk melancarkan stesen radio digital RedRadio. Muzik adalah sebahagian daripada DNA kami dan RedRadio bakal menambah peluang kami di dalam pasaran ruang kandungan. Selama 20 tahun, kami telah menghubungkan rantau ini melalui pelbagai cara dan kini kami akan menghubungkan budaya Asean melalui muzik. Sebagai sebuah jenama yang sangat dekat di hati penduduk Asean, kami berharap RedRadio dapat mewujudkan platform baharu supaya lebih ramai bakat dapat didengari merentasi sempadan sambil merapatkan jurang rantau ini melalui budaya pop. Sebagai aplikasi Super di rantau Asean, kami akan terus memberi inspirasi dan menghubungkan orang ramai.”
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Dalam usaha kami untuk terus mempelbagaikan tawaran produk audio, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia bagi melancarkan RedRadio, sebuah jenama radio dalam talian baharu yang tersedia untuk distrim pada bila-bila masa melalui aplikasi SYOK. Kami teruja untuk terus membentuk landskap audio tempatan melalui kerjasama kami dan berharap semua rakyat Malaysia akan menikmati pengalaman hiburan audio yang dipertingkatkan di Astro Radio dan SYOK.”
Klik di sini untuk mengakses RedRadio.
Ikuti perkembangan terkini rangkaian e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di TikTok, Instagram dan Facebook. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang. Nikmati lebih banyak stesen radio dalam talian, muzik dan audio siar melalui aplikasi SYOK, tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.